Monday, January 5, 2009

Kata-kata Aluan Guru Besar


Assalamualaikum Wrbkth.

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak warga SK Gita No.2 ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini. Sekolah ini baru sahaja beroperasi sepenuhnya pada 5 Januari 2009 dengan bilangan pengajar seramai 37 orang dan bilangan pelajar seramai 570 orang sahaja.

Semoga laman web ini akan dapat mengeratkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama sekolah-sekolah elit yang ternama di negara ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.

Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.

Wassalam.

ABDUL LATIP HJ. BUJANG
Guru Besar S.K Gita No. 2

Visi & Misi Sekolah



VISI SEKOLAH

SK GITA NO 2 CEMERLANG MENJELANG TAHUN 2014




MISI SEKOLAH

MEMPERKEMBANGKAN POTENSI MURID

SUPAYA MENJADI INSAN YANG CEMERLANG DALAM

ILMU PENGETAHUAN, BERSAHSIAH, BERBUDAYA

DAN BERKETRAMPILAN DALAM BIDANG KOKURIKULUM

SERTA MEMPUNYAI DAYA JUANG DAN SEDIA MENGHADAPI CABARAN.

Doa & Ikrar Murid

Doa
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami dan guru-guru yang mengajar kami

Ya Allah,
Bukakanlah hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu pengetahuan serta bimbingan para guru kami yang kami kasihi.

Ya Allah,
Kami memohon kepada-Mu, berikanlah kekuatan dan ketabahan kepada kami bagi menghadapi perjuangan kami menimba dan mencari ilmu pengetahuan.

Ya Allah,
Anugerahilah kami dengan kekayaan ilmu pengetahuan, hiasilah kami dengan sifat-sifat terpuji, muliakan kami dengan ketakwaaan dan cantikkanlah diri kami dengan kesihatan yang sempurna.




IKRAR
Bahawa kami
Murid-murid SEKOLAH KEBANGSAAN GITA 2
Berikrar dan berjanji akan
Menjaga nama baik sekolah kami
Patuh dan taat kepada peraturan sekolah
Sentiasa belajar bersungguh-sungguh
Mempertingkatkan prestasi
akademik kami
Menghormati ibu bapa,
guru-guru dan rakan-rakan
Berlandaskan prinsip-prinsip Rukun Negara:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAN KEPADA RAJA & NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Wawasan & Objektif

WAWASAN SEKOLAH
Menjadikan SK Gita 2 cemerlang dalam semua bidang iaitu kurikulum, kokurikulum, sahsiah, pengurusan dan kepimpinan sejajar dengan hasrat "Komuniti Berbudaya Warga Cemerlang".


OBJEKTIF SEKOLAH

Mencapai kelulusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR/PBS seperti berikut :
  1. Kuantiti – 100% setiap tahun
  2. Kualiti – 5% semua A
  3. Penyertaan 100% murid dalam aktiviti kokurikulum.
  4. Pasukan sekolah “PULANG SEBAGAI JUARA” dalam sebarang pertandingan yang disertai.
  5. Mendidik murid bersahsiah tinggi, berketrampilan dan berwawasan.
  6. Mewujudkan pengurusan yang cekap, tepat dan teratur beserta kepimpinan yang dapat diteladani.
  7. Menentukan keadaan dalam bilik darjah dan suasana persekitaran sekolah teratur, ceria dan kondusif.

Hubungi Kami

ALAMAT:

SEK. KEB. GITA NO. 2
JLN MATANG,
93050, KUCHING,
SARAWAK.

TEL:

+6082245512

EMAIL:

skgita2@gmail.com

Lencana Sekolah

KETERANGAN WARNA


MERAH
Melambangkan semangat waja yang membara dalam mengejar ilmu

KUNING
Melambangkan Kedaulatan Negara dan taat kepada pemimpin

HITAM
Melambangkan perpaduan seluruh warga sekolah




KETERANGAN BENTUK


PERISAI
Ketahanan dan kecekalan diri.

OBOR
Cahaya Obor bermaksud kejayaan dan menerangi masa hadapan

BUKU
Kecemerlangan dalam bidang akademik

LIMA GELUNG
Sukan dan permainan diterapkan dalam melahirkan atlet muda

BUNGA RAYA
Bunga rasmi negara

ANGKA 2009
Tahun dibuka dan beroperasi sepenuhnya sekolah

Piagam Pelanggan

Kami Warga SK Gita No. 2, Dengan Penuh Tekad dan Iltizam Berikrar Dan Berjanji Akan Menumpukan Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami Untuk:

* MEMASTIKAN SEMUA MURID YANG BERDAFTAR DI SEKOLAH INI
MENDAPAT TEMPAT BELAJAR MULAI HARI PERTAMA

* MENENTUKAN SEMUA MURID MENGUASAI ILMU PENGETAHUAN
SERTA KEMAHIRAN YANG DISAMPAIKAN.

* MEMASTIKAN SEMUA MURID DIBERI PELUANG MELIBATKAN DIRI
DALAM AKTIVITI PERSATUAN DAN KELAB, PERMAINAN
DAN UNIT BERUNIFORM

* BERUSAHA MENGENAL PASTI DAN MEMBANTU MURID-MURID
YANG BERMASALAH SUPAYA DAPAT MENGIKUTI PEMBELAJARAN
DENGAN LEBIH SEMPURNA DAN BERKESAN.

* MEMBERI PERKHIDMATAN TERBAIK DAN LAYANAN MESRA KEPADA ORANG RAMAI SERTA MENGADAKAN HUBUNGAN RAPAT DENGAN AGENSI-AGENSI DAN MASYARAKAT SETEMPAT.

Sejarah SK Gita No. 2

Sekolah ini telah dibina pada bulan Mac 2007 dengan kos pembinaan RM16 juta . Ianya mula beroperasi sepenuhnya pada 5 Januari 2009 dengan menggunakan nama Sekolah Kebangsaan Gita No.2. Bangunan sekolah ini telah dilengkapi dengan 28 buah bilik khas yang sesuai dengan statusnya sebagai sekolah Bestari 1. Guru Besar pertama menguruskan dan mengendalikan Sekolah Kebangsaan Gita No.2 ialah Encik Abdul Latip Bin Hj Bujang.

Sebanyak 18 buah bilik darjah dibina, yang boleh memuatkan 45 orang murid bagi setiap kelas. Sebuah kelas KKBP. Sebuah Pra Sekolah dan sebuah kelas pemulihan khas. Seramai 38 orang tenaga pengajar telah dipilih dari pelbagai sekolah sekitar bandar Kuching dan Bahagian di Sarawak. Kini Sekolah Kebangsaan Gita No. 2 mempunyai 568 orang murid yang berdaftar pada tahun 2009.