Tuesday, March 13, 2012

KEMPEN KEBERSIHAN TANGAN ANTABAX



Jumaat - 9 Mac 2012 Kementerian Kesihatan Malaysia dan Lam Soon Edible Oils Snd Bhd telah mengadakan Kempen Kebersihan Tangan di Sekolah Kebangsaan Gita No 2 dalam usaha Kementerian Kesihatan membasmi HFMD atau ABCs Against HFMD (Antabax Backs Communities Against HFMD)

Majlis pelancaran dilakukan oleh Dr Ruziana Miss Pegawai Kesihatan Bahagian Kuching dan hadir sama Mr Goh Song Cheng General Manager Lam Soon dan Cik Angeline Sim Senior Product Manager Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd.

Matlamat kempen adalah untuk mendidik dan membudayakan murid-murid cara mencuci tangan dengan betul dan sentiasa menjaga kebersihan tangan. Majlis berakhir dengan penyerahan produk Antabax kepada semua murid dan hadirin yang hadir.

Thursday, March 8, 2012

Aktiviti FIREDRILL......




7 Mac - Aktiviti latihan kebakaran yg pertama telah dijalankan di SK Gita No.2 bertujuan untuk melatih semua warga sekolah agar sentiasa bersedia apabila berlaku kebakaran di sekolah.Pihak Bomba dari Balai Bomba Petra Jaya telah memantau serta memberikan komen tentang perjalanan aktiviti ini.Secara keseluruhannya program ini mencapai objektif dan mendapat pujian dari pihak Bomba.
Semasa berlakunya simulasi kebakaran tersebut, keadaan menjadi kelam kabut apabila pelajar melihat asap yang berkepul-kepul memenuhi ruang angkasa sekitar padang sekolah.Mujurlah kecekapan jentera Bomba yang sampai tepat pada masanya dapat memadamkan kebakaran yang sengala dilakukan.Mangsa yang cedera juga dapat diselamatkan.Secara keseluruhannya program ini telah berjaya dan mencapai apa yang dihasratkan.Semoga suatu hari nanti aktiviti seperti ini akan dapat dijalankan agar pendidikan kebombaan akan dapat dihayati semua warga SK Gita no.2.

Pelancaran CERIATON 2012



25 Feb - Pelancaran CERIATON telah disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG SK Gita No.2,Kuching iaitu Encik Nazim. Dalam ucapan perasmian, beliau berharap agar prpgram ini akan dapat mencapai objektifnya untuk membantu mengisi tabung PIBG agar perancangan aktiviti dapat dilaksanakan dengan jayanya.Dalam Majlis yang sama,Guru Besar SK Gita No.2,iaitu En.Abdul Latip Hj.Bujang mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ibubapa yang sama-sama memberikan komitmen yang jitu pada pada hari tersebut.Harapan beliau ialah, anak-anak mereka yang belajar di sekolah tersebut akan dapat menafaat dari hasil kutipan itu nanti.
Pada majlis tersebut, aktiviti senaman bersama warga SK Gita No.2 dan ibubapa memeriahkan lagi suasana.