Thursday, December 29, 2011

Mesyuarat Pertama Sesi Persekolahan 2012



27 Dis - Mesyuarat Staff Pertama Sesi Persekolahan 2012 dijalankan dengan lebih bermakna apabila Pegawai Pelajaran Daerah Kuching, Hjh Maimunah Hj Bujang sudi hadir untuk merasmikan mesyuarat kali ini. Kehadiran beliau amat dialu-alukan oleh semua warga SK Gita No.2 kerana banyak input dan perkongsian yang bermakna telah disampaikan semasa mesyuarat tersebut. Konsep "Team Work" dalam sesebuah organisasi seperti sekolah amat penting agar semua perancangan dapat dilaksana dengan berkesan dengan menerapkan semangat berpasukan.Tanpa kerjasama dari semua pihak,mana mungkin sesuatu kejayaan akan dapat dicapai. Bekerja dengan mempunyai niat kerana Allah s.w.t,adalah lebih baik kerana setiap amanah yang telah diberikan akan dilaksanakan tanpa memikirkan balasan atau ganjaran.Beliau juga berharap agar semua warga SK Gita no.2 mengikis sikap yang terlalu mementingkan diri sendiri atau hanya melaksanakan sesuatu kerja andai ianya memberi keselesaan atau impak untuk diri sendiri sahaja.Beliau juga menerangkan tentang slogan "Menjulang Sarawak" yang akan menumpukan kepada pencapaian UPSR tahun 2012.Komitmen para guru amat diperlukan untuk mencapai slogan ini.Beliau percaya dengan pengalaman,kepimpinan yang jitu serta prasarana sekolah yang lengkap,tidak sukar untuk SK Gita No.2 untuk mencapai status sekolah yang disegani suatu hari nanti.Apa yang penting ialah semua warga SK Gita No.2 perlu bersatu dalam melaksanakan program Kementerian Pelajarandan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.Beberapa teguran yang ikhlas dari PPD diharap akan dapat dijadikan panduan dan pedoman untuk semua warga SK Gita No.2 untuk berkhidmat dengan lebih gigih.Sebelum beredar meninggalkan SK Gita No.2, beliau telah bersama Guru Besar,En.Abdul Latip Hj Bujang dan beberapa pentadbir sekolah menikmati jamuan teh.Mesyuarat telah tamat pada pukul 4.30 petang.Mesyuarat Kurikulum,HEM dan KoKurikulum diadakan pada 28.12.2012.