Sunday, March 23, 2014

22 Mac 2014 (SABTU) Program Citra Bestari UPSR untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sarana Ibubapa telah dijalankan di CIDB,Jalan Santubong Kuching. Dua orang penceramah merupakan Guru Sumber Bahasa Inggeris telah dijemput untuk menyampaikan ceramah yang berfokus kepada Teknik Menjawab Soalan dalam UPSR. Beberapa orang guru yang dilantik telah hadir bersama untuk mengurus urusan disiplin, makanan dan kebajikan pelajar.Pada sesi sebelah petang, Ibubapa telah hadir untuk mengikuti Program Sarana Ibubapa dan menandatangani Aku Janji bersama anak masing-masing. Slot petang itu telah disampaikan oleh Prof.Dr Rusli Ahmad dari UNIMAS.Sesi ceramah yang menarik dan menceriakan itu telah banyak memberikan ilmu kepada para hadirin. Sebelum slot beliau, Guru Besar SK Gita 2, iaitu Enh.Abdul Latip Hj Bujang telah menyampaikan sasaran dan pencapaian sekolah pada tahun lepas dalam UPSR dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan dirancang oleh pihak sekolah untuk pelajar-pelajar tahun 6.
Harapan untuk semua agar apa yang dihasratkan ini akan mencapai kejayaan untuk memacu kejayaan SK GITA 2 dan seterusnya menjulang Sarawak...
TERIMA KASIH BUAT SEMUA GURU DAN IBUBAPA.............JUMPA LAGI.







Thursday, March 6, 2014

Lawatan Penanda Aras dari JPN Sabah ke SK Gita No.2

Pada 3 Mac 2014, sekolah telah diberi penghormatan untuk menerima kunjungan pegawai-pegawai dan pentadbir sekolah-sekolah dari negeri Sabah. Seramai 40 orang pegawai telah datang untuk melakukan Lawatan Penanda Aras yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan dalam menguruskan sekolah. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil sekitar aktiviti Lawatan berlangsung;










Terima Kasih diucapkan kepada semua warga sekolah yang telah memberikan kerjasama yang terbaik dalam membuat persiapan menyambut kedatangan tetamu-tetamu yang diraikan. Semoga terus komited untuk menempa lebih banyak kegemilangan di masa yang akan datang. Terima Kasih...