Monday, July 18, 2011

PROGRAM JARINGAN PENDIDIKAN SK PUTRA JAYA


19 Julai - Satu rombongan guru panitia matematik SK Putra Jaya Presint 11 telah mengadakan lawatan penanda aras yang berbentuk perkongsian ilmu bersama-sama guru panitia matematik SK Gita 2. Guru-guru dari SK Putra Jaya Presint 11 diketuai oleh Puan Khairul Bariah. Rombongan disambut dengan tarian selamat datang oleh murid-murid Tahun 5 dan seterusnya mereka di bawa untuk menikmati jamuan ringan. Guru Besar Encik Abdul Latip bin Bujang telah memberi taklimat pengurusan sekolah kepada semua pelawat dan di akhiri dengan sesi percambahan fikiran dan perkongsian ilmu daripada Puan Khairul Bariah. Program Jalinan ilmu yang amat positif seperti ini telah mengeratkan lagi silatulrahim di antara kedua-dua panitia matematik Putra Jaya dan Gita 2.

Sunday, July 17, 2011

KEM BESTARI SOLAT SIRI 2



16 Julai - Kem Bestari Solat siri ke 2 telah diadakan pada pagi ini melibatkan semua murid Islam Tahun 1 dan Tahun 2. Di antara objektif pelaksanaan Kem Bestari Solat ialah:
1. Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
2. Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat –solat fardhu.
3. Murid dapat melaksanakan semua perbuatan dan bacaan dalam solat dengan betul.
4. Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna secara berjemaah.

Dari segi penglibatan dan penyertaan murid pada sesi ke 2 ini ialah seramai 89 orang murid Islam Tahun 1 telah menghadiri kem ini. Murid-murid ini telah dibimbing dengan baik dalam semua aktiviti yang dijalankan dan amat menyeronokkan.

Saturday, July 2, 2011

Larian IM IS- SK GITA no.2




2 Julai - Kuching - Pelancaran aktiviti Larian 1 Malaysia 1 Sukan telah berjaya dilaksanakan di SK Gita No.2,Kuching serentak dengan larian seluruh negara. Pelabagai aktiviti telah dijalankan disamping aktiviti utama iaitu larian beramai-ramai.
Antara aktiviti yang dijalankan bagi memenuhi aturcara program ialah senaman poco poco, sukaneka utk pelajar tahap 1, "chiken dance" dan sambutan hari lahir guru dan pelajar. Kemeriahan program semakin terasa dengan kehadiran Timbalan Pengarah Pelajaran Sarawak iaitu Jaidah Hj. Alek bersama rombongan dari PPDK Kuching dan JPN Sarawak.Rombongan Timbalan Pengarah sempat menjamu selera bersama guru-guru dan AJK PIBG serta telah melawat sekitar kawasan sekolah.Beliau terpegun dengan beberapa sudut pembelajaran,sudut info maklumat serta pameran hasil kerja pelajar di dinding Laman Akasia.Guru Besar ,Cikgu Abdul Latip Hj Bujang telah menerangkan secara sepintas lalu mengenai konsep sekolah tanpa tong sampah,konsep sekolah penyayang dan konsep sekolah dalam taman.
Aktiviti telah tamat sekitar jam 11.30 pagi.