Sunday, October 27, 2013

PROGRAM PASCA UPSR
LAWATAN KE KAPAL RIVER CRUISE - SUNGAI SARAWAK

22 Oktober (SELASA ) - Seramai 80 orang pelajar bersama 4 orang guru pengiring telah mengadakan lawatan sambil belajar menaiki Sarawak River Cruise. Sebahagian dari pelajar menyatakan bahawa itulah kali pertama menaiki kapal menyusuri sungai Sarawak. Semasa dalam perjalanan menyusuri sungai, pelajar dan guru juga telah dijamu dengan makanan tengah hari yang berupa Nasi Ayam. Semoga pengalaman yang diperolehi akan dapat dijadikan nilai tambah ilmu kepada semua rombongan.





Thursday, August 29, 2013


GOTONG-ROYONG PERDANA - DBKU, PPD KUCHING, PERSATUAN KRIKET SARAWAK DAN WARGA SK GITA NO.2, KUCHING
24 OGOS 2013




Saturday, February 9, 2013

LAPORAN KRIKET SK GITA N0.2

SK Gita 2 lakar hatrik kriket (Borneo Post)

by Harry Ilias. Posted on February 8, 2013, Friday

GEMBIRA: Pemain dan jurulatih SK Gita 2 meraikan kejayaan muncul johan Kejohanan Kriket Bawah 12 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sarawak (MSSS) 2013. — Gambar Harry Ilias

KUCHING: Sekolah Kebangsaan (SK) Gita 2 melakar hatrik setelah muncul johan Kejohanan Kriket Bawah 12 tahun Majlis Sukan Sekolah-sekolah Sarawak (MSSS) 2013 semalam. Kejayaan tersebut memastikan SK Gita 2 mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya sejak 2011.

Dalam perlawanan yang dilangsungkan di padang sekolah SK Gita 2 semalam, skuad didikan Francis Vaithilingam mencatat 46 larian dengan jatuhan lapan wiket untuk mengatasi SK Siol Kanan yang melakar 33 larian dengan jatuhan enam wiket.

SK Gita 2 menang dengan kelebihan 13 larian untuk sekali lagi muncul johan bagi edisi 2013.
Tempat ketiga pula milik SK Tabuan setelah mereka menundukkan jirannya SK Tabuan Hilir dengan kelebihan dua wiket.Menurut Francis, anak-anak buahnya telah bermain dengan baik biarpun hanya menjalani latihan selama sebulan.

Sunday, January 20, 2013

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 2013


19 Januari - Majlis Penyerahan Bantuan Khas Persekolahan 2013 peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini. Pengisian program dimulakan dari awal pagi dengan senaman kecergasan warga sekolah, taklimat pembangunan sekolah oleh Guru Besar, ceramah keibubapaan dan majlis penyerahan oleh YB Datuk Hj Fadillah Yusuf Ahli Parlimen P.194 merangkap Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi.

Dalam ucapan ringkasnya beliau menyentuh soal pendidikan di negara ini. Beliau berkata, ibu bapa tidak seharusnya melihat pendidikan teori adalah lebih penting berbanding pendidikan bidang teknikal. Teori atau teknikal, kedua-dua perlu bergerak seiring dalam usaha kita melihatkan modal insan yang kreatif dan berinovatif.









Wednesday, January 9, 2013

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BIL 1/2013 - WARGA GITA 2

8 Januari 2013 - Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang pertama telah diadakan kepada semua warga SK Gita No.2. Pengisian kali ini adalah berkaitan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam KSSR. Sekolah telah menjemput Cik Tan Lee Suan KPP Sektor Penilaian dan Peperiksaan sebagai penceramah undangan dan seterusnya dapat menyampaikan 'First Hand Information' berhubung PBS dikalangan guru. Adalah diharapkan melalui program dan latihan seperti ini nanti guru-guru lebih yakin dan faham keperluan dan tuntutan dalam PBS dan sekali gus boleh menjelaskan kepada semua ibu bapa dengan betul berkaitan rekod dan pelaporan dalam KSSR.
Turut mengiringi KPP ialah Puan Zuliana Abdullah, Encik Basil Dimbu dan Encik Raduan Jemain. Sepanjang taklimat guru-guru telah mengajukan perbagai soalan dan kebimbangan yang ada. Harapan kita selepas ini nanti sekolah akan membuat penambaikan dan kemaskini sistem fail yang diperlukan. Warga SK Gita merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Sektor Penilaian dan Peperiksaan yang telah sudi hadir di majlis LDP sekolah yang pertama ini.

LAWATAN PEMANTAUAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN

3 Januari 2013 - Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran Sarawak, Encik Abdiillah Adam telah melakukan lawatan pemantauan minggu pertama persekolahan di SK Gita No.2. Beliau telah diiringi oleh Encik Awang Bakhtiar dan Encik Kiew Kim Hin. Tujuan lawatan adalah untuk memastikan perancangan awal persekolahan 2013 dan proses pembelajaran dan pengajaran guru berjalan seperti dijadualkan. Dalam lawatan tersebut Guru Besar Encik Abdul Latip bin Bujang telah menerangkan secara ringkas perancangan dan persediaan sekolah 2013 dan seterusnya mengiringi Yang Berbahagia Pengarah ke Kelas Pendidikan Khas Integrasi dan Pra Sekolah. Di akhir lawatan pihak sekolah telah menyampaikan cenderahati berbentuk cantingan batik ia itu hasil kraf tangan murid Tahun 6 kepada Pengarah.