Monday, October 5, 2009

SAMBUTAN HARI RAYA PERTAMA

2 OKTOBER - Setelah hampir seminggu sekolah dibuka, hari ini SK Gita 2 telah mengadakan satu majlis sambutan hari raya peringkat sekolah. Majlis yang dinamakan "MAJLIS SEINDAH SYAWAL" merupakan majlis sambutan hari raya pertama bagi SK Gita 2 yang dibuka sejak januari yang lalu. Objektif majlis ini diadakan untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara murid dan guru serta menghubungkan silaturahim antara pekerja swasta, guru-guru SK Gita 2. Pelbagai acara telah diatur sepanjang majlis tersebut berlangsung. Antaranya adalah persembahan takbir raya oleh kumpulan takbir raya sekolah yang diketuai oleh adik Mohd Afiq Syazwan dari Carnation 6 dibawah tunjuk ajar Ustaz Mohd Izzuddin. Kemudian diikuti dengan persembahan dikir barat oleh kumpulan dikir barat yang terdiri dari murid tahun Allamanda 3 dibawah tunjuk ajar Cikgu Mastura Abdul Majid. Penonton dihidangkan pula dengan pertandingan ceria raya di mana peserta pertandingan dikehendaki menyampaikan lagu raya dengan gaya dan suara yang terbaik. Guru-guru dan pekerja swasta juga tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan lagu raya dihadapan penonton. Majlis Seindah Syawal yang bermula 8.30 pagi itu bagaimana pun berakhir dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang mewarna pada bulan kemerdekaan yang lalu serta pemenang pertandingan ceria raya pada pukul 11.30 tengahari.