Thursday, February 25, 2010

Lawatan IPBL

25 Feb - SK Gita 2 telah dilawati oleh 44 orang penuntut Institut Perguruan Batu Lintang (IPBL). Lawatan yang diberi nama Lawatan Penanda Aras Sekolah Cemerlang ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada bakal guru mengenai visi dan misi, bentuk dan budaya, struktur dan pelaksanaan kukurikulum serta kokurikulum, ciri-ciri kepimpinan berkesan dalam pengurusan sekolah cemerlang. Rombongan dibawa terlebih dahulu melawat blok Pra sekolah kemudian memasuki dataran. Disana rombongan dihidangkan dengan persembahan tarian yang dipimpin oleh Cikgu Rokaya Senen, kemudiannya alunan muzik yang dipimpin oleh Cikgu Nadziah Sharkawi. Rombongan dipersembahkan dengan bacaan sajak oleh adik Athirah dan kemudiannya persembahan persatuan Taekwando SK Gita 2. Rombongan dibawa pula ke makmal komputer untuk taklimat oleh Guru besar SK Gita 2, En. Abdul Latip bin Bujang. Selesai taklimat rombongan dijamu dengan sedikit jamuan ringan dan bertolak pulang ke IPBL pada sebelah tengahari.

Wednesday, February 24, 2010

Hari Kecergasan



24 Feb - Minggu ketiga setiap bulan, masa yang ditunggu-tunggu oleh warga SK Gita 2. Hari yang ditunggu-tunggu adalah hari kecergasan SK Gita 2. Ianya merupakan hari kecergasan yang pertama buat tahun 2010 setelah ianya berakhir pada bulan november tahun lepas. Seluruh warga sekolah berpakaian sukan bagi meraikan dan menyertai hari kecergasan. Senaman hari kecergasan tersebut diketuai oleh Cikgu Silimun. Antara agenda senaman ialah memanaskan badan, tarian poco-poco dan sambutan harijadi bagi murid-murid yang lahir pada bulan februari. Bermula dari bulan ini dan seterusnya setiap hari rabu minggu ketiga, hari kecergasan SK Gita 2. Senaman yang bermula seawal 6.40 pagi bersurai pada 7.40 pagi.

Monday, February 22, 2010

Selamat Kembali

22 Feb - Hari ini persekolahan dibuka semula setelah bercuti selama 1 minggu bersempena Perayaan Tahun Baru Cina. Pembukaan minggu persekolahan dibuka dengan perhimpunan rasmi SK Gita no.2. Dalam perhimpunan tersebut, Cikgu Hamdiah bte Mat selaku Penolong Kanan HEM SK Gita No. 2 memberikan ucapkan dihadapan murid-murid SK Gita 2. Dalam ucapannya, beliau menegaskan kepada murid agar sentiasa menjaga adab dengan guru dan melarang murid dari melawan percakapan atau arahan yang diberikan oleh guru.

Keberkatan ilmu tersebut bergantung diatas adab kita dengan guru. Murid-murid yang tidak menghormati dan sering melawan guru tidak akan mendapat keberkatan ilmu yang telah diberikan oleh guru terbabit. Dalam pada itu juga, beliau ada mengingatkan murid tentang buku teks yang dipinjam oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dibalut dengan plastik pembalut. Walau bagaimana pun perhimpunan berakhir jam 7.40 pagi.

Thursday, February 4, 2010

PELANCARAN BLN PANITIA BM

1 FEB - Satu pelancaran bulan Panitia Bahasa Malaysia telah dilancarkan hari ini. Pelancaran tersebut dihiasi dengan beberapa persembahan murid-murid SK Gita No. 2. Antara persembahan yang dipersembahan ialah deklamasi sajak dan persembahan koir oleh murid tahun Alamanda 6 dibimbing oleh Cikgu Zeti. Pelbagai lagi persembahan daripada murid yang akan menyusul pada sebelah pagi sepanjang bulan Panitia Bahasa Malaysia.