Wednesday, March 30, 2011

SK Gita No.2 JUARA


29 Mac - Pada hari ini berlansung pertandingan Softball (sekolah Rendah) Zon B,Kuching.Sekolah yang menyertai pertandingan ini terdiri daripada SK Semerah Padi,SK Gersik,SK Buntal, SK Tabuan dan SK Gita No.2. Pertandingan ini dijalankan di Padang sekolah SK Gita No.2 selaku sekolah penganjur. Tujuan utama pertandingan ini ialah untuk mengenal pasti pelajar yang akan mewakili Zon B,Kuching ke Pertandingan Peringkat daerah Kuching. Pasukan yang mengambil bahagian telah menunjukkan mutu permainan yang baik serta mempunyai semangat juang yang kental. Keputusan penuh pertandingan inilah;
Johan - SK Gita No.2,Kuching
Naib Johan - SK Gersik ,Kuching
Ketiga - SK Tabuan.
Majlis penutupan dilakukan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,SK Gita No.2, iaitu Pn.Hjh Hamdiah bt Mat yang mewakili Guru Besar,En.Abd Latip Hj Bujang.

Saturday, March 19, 2011

SALAM TAKZIAH WARGA SK GITA No 2

19 Mac - Dengan rasa sedih dan dukacita seluruh warga SK Gita No 2 merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Encik Janting di atas pemergian adik Hillary anak kesayangannya pada pagi ini.

Adik Hillary murid Tahun 3 Bougainvilla, telah meninggal dunia di rumahnya pada 19 Mac 2011 kerana mengidap penyakit barah. Pemergian mengejut adik Hillary ketika usia yang masih muda adalah satu kehilangan amat tragis kepada rakan-rakan sedarjahnya dan kami warga sekolah menumpang sedih bersama-sama keluarga dan saudara mara mendiang.

Segala budi baik dan tingkahlakunya yang manja akan tetap dikenang sepanjang masa.

SALAM TAKZIAH.

Guru-guru dan murid-murid
Sekolah Kebangsaan Gita No 2

Friday, March 11, 2011

CHORAL SPEAKING GITA NO 2

7 Mac - Sekolah Kebangsaan Gita No 2 telah diberi penghormatan mengelolakan pertandingan 'Choral Speaking' antara sekolah-sekolah zon B. Pertandingan telah diadakan di Auditorium DBKU dan 11 buah sekolah telah menghantar pasukan ke pertandingan tahun ini. Tujuan pertandingan adalah untuk memilih pasukan choral speaking yang terbaik dari zon B ke pertandingan peringkat Bahagian Kuching yang akan diadakan pada bulan April nanti.

Pasukan choral speaking Gita No2 telah mendapat tempat ke 2 pada tahun ini sementara juara zon B ialah pasukan SK Tabuan. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada pasukan sekolah serta ucapan penghargaan dan terima kasih kepada guru pembimbing Cikgu Polly Billy yang kominted membimbing pasukan sekolah.

Wednesday, March 2, 2011

LAWATAN PENANDA ARAS PELATIH IPG TUN ABDUL RAZAK


2 Mac - 24 orang guru-guru pelatih bersama pensyarah Cik Kamariah Jini telah mengadakan lawatan penanda aras ke SK Gita No.2 sebagai salah satu program wajib mereka di IPG iaitu program bina insan guru(BIG). Aturcara program telah diatur oleh jawatankuasa lawatan yang diketuai oleh saudara Hafiz bin Deli. Setibanya di SK Gita No2 mereka disambut oleh pasukan choral speaking sekolah dan menikmati sarapan pagi bersama-sama Guru Besar di kafeteria SKG2. Selepas sarapan rombongan di bawa melawat sekitar kawasan sekolah dan taklimat pembangunan pengurusan sekolah oleh Guru Besar. Selepas sesi taklimat rombongan sempat bergambar dan makan tengah hari di kafeteria sekolah.