Thursday, May 27, 2010

UCAPAN


Assalamualaikum W.B.T, terlebih dahulu saya ucapkan "Selamat bercuti" kepada semua pelajar dan warga SK Gita 2. Saya berharap para pelajar SK Gita 2 dapat menggunakan masa cuti ini dengan sebaik mungkin dan tidak lupa mengulang kaji pelajaran serta menjaga kesihatan dan keselamatan diri. Seterusnya kepada para guru yang akan balik bercuti selamat bercuti dan yang akan merayakan hari gawai saya ucapkan "Selamat Ngintu Gawai Dayak."

- En. Abdul Latip Bin Bujang (Guru Besar SK Gita 2)




Saya ucapkan Selamat Bercuti kepada semua guru-guru, staf dan kakitangan yang akan bercuti. Buat yang akan meraikan hari gawai, "Selamat Menyambut Hari Gawai". Semoga semuanya dapat diraikan dalam suasana seronok. Bagi mereka yang berjalan jauh utamakan keselamatan dan kesihatan. Semoga dapat berjumpa lagi apabila sekolah dibuka nanti. Kepada pelajar-pelajar SK Gita 2 yang akan menghadapi UPSR nanti gunakan masa cuti untuk mengulangkaji pelajaran disamping menjaga keselamatan diri sepanjang cuti. Terima kasih.
- Pn. Hjh Maimunah Bt Hj. Udang (PK 1)




Kepada warga SK Gita 2, terutama guru dan murid-murid yang menyambut Hari Gawai "Selamat Hari Gawai" "Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Dalam Semua Pengawak". Kepada guru-guru yang akan balik ke Semenanjung, diucapkan berhati-hati dalam perjalananan. Setiap tindakan yang diambil hendaklah memikirkannya dengan teliti dan fikirkan kesan akibat tindakan yang kita ambil. Kepada murid-murid SK Gita 2, jagalah keselamatan dan tingkahlaku samada di rumah atau di sekolah. Jangan lupa ulangkaji pelajaran sekolah sepanjang cuti nanti.
- Pn. Hamdiah Bt Mat (PK HEM)

Tuesday, May 18, 2010

HARI GURU MERIAH


17 MEI - Hari ini SK Gita 2 telah mengadakan Perayaan Hari Guru yang keduanya setelah setahun lebih beroperasi sejak januari 2009. Kali ini Perayaan Hari Guru dimeriahkan dengan persembahan murid-murid seperti nyanyian lagu sekolah oleh kumpulan koir sekolah. Ini merupakan persembahan yang kedua oleh koir sekolah, sebelum ini mereka telah mempersembahan persembahan mereka buat pertama kalinya ketika Program Jerayawara DBKU pada sabtu yang lalu. Tidak ketinggalan juga murid-murid dari pendidikan khas sekolah juga turut serta dalam persembahan murid kali ini. Mereka mempersembahkan dikir barat yang berjudul 'anok tupai'. Pada pukul 10 pagi, murid-murid dihiburkan dengan kedatangan chickies dan juga maskot pizza hut. Perayaan hari guru akhirnya berakhir pada pukul 12.30 tengahari dengan persembahan poco-poco oleh chickies dan kawan-kawan.

Tuesday, May 11, 2010

SYABAS SK GITA NO.2


10 Mei - Syabas dan tahniah buat SK Gita No. 2 kerana telah berjaya mengukir nama dalam arena kriket setelah 3 orang murid SK Gita No. 2 telah terpilih mewakili Sarawak dalam permainan kriket. Mereka adalah adik Muhammad Naseem Shah bin Rashid, adik Mohd Qayyum Bin Satu dan adik Ervin Kik AK Irex. Sebelum ini, SK Gita 2 telah menghantar satu pasukan ke peringkat negeri Sarawak yang telah diadakan di SK Tabuan dan telah menduduki tempat yang kedua dalam perlawanan tersebut. Perlawanan Kriket peringkat kebangsaan tahun ini akan diadakan di Pulau Pinang pada bulan jun nanti. SK Gita 2 mengucapkan tahniah kepada mereka bertiga kerana mengharumkan lagi nama sekolah. Semoga Sarawak menjuarai Perlawanan Kriket peringkat kebangsaan nanti. Majulah sukan untuk negara.

Monday, May 3, 2010

MENANG LAGI...


29 APRIL - Hari ini sekali lagi SK Gita No. 2 mencatatkan sejarahnya yang manis setelah mendapat naib johan dalam Perlawanan Kriket Bahagian Kuching yang telah diadakan di .IPGM Batu Lintang dan SK Tabuan. Biarpun setahun jagung dalam permainan Kriket dan percubaan pada tahun sebelumnya SK Gita 2 tidak beroleh tempat namun dengan tekad, usaha dan komitmen guru, jurulatih dan murid-murid SK Gita 2 pada tahun ini telah membuahkan hasil buat kali yang pertama. Daripada 10 perlawanan yang disertai oleh SK Gita 2 dalam kriket hanya satu perlawanan sahaja SK Gita 2 menemui kegagalan setelah terpaksa tunduk dengan pengalaman yang ada dengan juara tahun lepas iaitu SK Tabuan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada jurulatih Kriket sekolah dan Cikgu Silimun kerana telah mencurahkan bakti kepada SK Gita 2. Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid yang telah berjaya dalam mengharumkan lagi nama SK Gita 2.

Saturday, May 1, 2010

Lagu SK Gita 2

BERILMU BERWAWASAN

Dua ribu sembilan
namamu megah terukir
SK Gita 2 namamu diberi
Tersergam indah nan permai
Gedung ilmu kebanggaan kami
Untuk mencapai cita…cita kami
Untuk mencapai cita…cita kami

Lahirnya lencana
dan moto sekolah
Berilmu berwawasan
Cogan kata diberi

Sebagai mendukung
wawasan negara
Itulah matlamat dan iltizam kami
Iltizam kami dan iltizam kami

Kamilah anak-anak harapan bangsa
Penuh semangat menuntut ilmu
Akademik cemerlang wawasan semua
Untuk ………….Guru-guruku…

Didiklah dan…… Curahkan lah
Ilmu yang ada tak kan kami persiarkan

Sekolah kami tersergam indah
Sekolah berbudaya dan berwawasan
Penuh semangat menuntut ilmu
Jati diri perinsip disanjung
Terima kasih cikgu…Terima kasih cikgu

Kan ku harumkan oh namamu….
Kan ku harumkan oh namamu……..
Kan ku harumkan oh namamu…………


Klik disini untuk download lagu sekolah