Saturday, May 28, 2011

HADIAH HARI GURU 2011


28 Mei - Bersempena sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada 26 Mei yang lalu beberapa aktiviti menarik telah diadakan pada hari tersebut seperti sukaneka, persembahan murid dan aktiviti bersama KFC 'Chickies and Friends'.

Sambutan tahun ini amat bertuah kerana semua guru telah mendapat hadiah istimewa daripada Bapak Tarmin Setiawan, Atase Imigrasi Repablik Indonesia. Sementara seorang hamba Allah yang perihatin dan dermawan telah menghadiahkan sebuah 'Buaian Kayu Belian' kepada pihak sekolah sebagai hadiah hari guru dan sekaligus sebagai pelengkap konsep sekoah dalam taman yang dihasratkan oleh sekolah.

Warga SK Gita No 2 amat terharu dengan sumbangan ini dan merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Bapak Tarmin dan hamba Allah yang telah bermurah hati menghulur sumbangan yang cukup bermakna ini. Semoga segala jasa baik dan budi luhur tuan-tuan akan mendapat rahmat daripada Allah S.W.T.

Thursday, May 26, 2011

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH -26.5.2011







KHAMIS - 25 Mei Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada hari ini bertempat di Laman Akasia,SK Gita No.2,Kuching. Sambutan pada tahun ini bertambah meriah apabila pihak Pengurusan Bank Rakyat Cawangan Satok telah menyumbangkan Kek Hari Guru.Kehadiran En.Azman iaitu Pengurus Cawangan Satok bersama seorang pegawai lain juga menyerikan lagi majlis tersebut.Acara dimulakan dengan perhimpunan pelajar di Laman Akasia sambil mendendangkan lagu 'Terima Kasih Cikgu".Ucapan Guru besar,En Abd Latip Hj Bujang banyak memberikan semangat kepada guru agar meneruskan perjuangan sebagai Pendidik serta mengucapkan terima kasih atas sumbangan selama ini. Ucapan terima kasih kepada pelajar yang begitu ceria membawa hadiah untuk para guru juga menjadi inti pati ucapan beliau.Acara rutin seperti Ikarar Guru,membaca ucapan dari Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran juga dijalankan.
Persembahan pelajar yang amat menarik perhatian hadirin seperti Fesyen Show dari kelas KKBP,sajak,Dikir Barat dan tarian. Acara bersama Pihak KFC,chikies and friends amat diminati oleh pelajar selepas mereka menjamu selera dengan jamuan makanan KFC.Pelbagai acara permainan dengan hadiah disediakan oleh pihak KFC.Acara sambutan pada tahun ini tamat pada jam 12.00 tengah hari.

Sunday, May 22, 2011

Malam Berambeh (Jamuan Hari Guru 2011)




21 Mei - Riverside Majestic Kuching, Malam Berambeh sempena sambutan Hari Guru 2011 diadakan bagi tujuan meraikan para guru SK Gita 2 serta kakitangan Sokongan. Kehadiran guru serta beberapa tetamu jemputan khas seperti Pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah,Kuching, Pegawai Konsulat Indonesia serta Pengurus Bank Rakyat dan Pengurus kantin sekolah telah menyerikan lagi sambutan hari guru tahun ini. Pengacara Maljis, Cikgu Sadun Matnor,sekali lagi menggamatkan suasana dengan menyelitkan unsur kecindan serta interaksi spontan dengan hadirin.Dalam ucapan alu-aluan, Guru Besar,En.Abdul Latip Hj Bujang telah mengucapkan terima kasih atas kehadiran Bapak Tarmin dari Konsulat Indonesia serta rombongan kerana sudi bersama-sama warga SK Gita 2, menyambut hari guru.Beliau juga berharap agar jalinan kerjasama antara warga sekolah,khasnya guru dengan pihak luar akan sentiasa mesra agar rasa saling menghormati menjadi amalan. Beberapa acara seperti Cabutan Nombor Bertuah dan Nyanyian Karaoke juga dijalankan.Ramai guru yang sememangnya berbakat besar dalam bidang nyanyian juga menyumbangkan suara pada malam itu. Penyanyi dari rombongan Indonesia juga sempat menyumbangkan sebuah lagu yang telah memukau para hadirin. Suasana yang ceria dan meriah jelas tergambar di wajah para guru setelah selesainya majlis pada malam itu.Busana yang pelbagai warna telah menyerlahkan keayuan para guru.Hamper yang dibawa balik akan sentiasa menjadi kenangan sambutan hari Guru ke 3 sk Gita 2 serta untuk anak-anak dan suami/isteri yang setia menanti di rumah.
Sambutan Hari Guru peringkat sekolah akan diadakan pada minggu hadapan bersama pelajar dan warga sekolah.KFC sebagai penyeri majlis sudah pasti akan menghiburkan serta sebagai juadah para Guru dan pelajar.Begitulah SK GITA 2 yang sentiasa dikunjungi agensi dari luar termasuk pihak ASTRO Ceria.

Sunday, May 15, 2011

Mesyuarat Agung PIBG Kali Kedua




Sabtu - 14 Mei - Mesyuarat Agung PIBG Kali Kedua telah dijalankan di SK Gita No.2 bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada 12.00 tengah hari.Sambutan para Ibubapa amat menggalakkan berdasarkan pada kehadiran mereka. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa dibawah pimpinan Ustaz Abdul Rahim. Ucapan Guru Besar SK Gita No.2, Encik Abdul Latip Hj Bujang menyusul kemudian. Beliau amat berpuas hati dengan kehadiran para Ibu bapa dan kerjasama antara Guru dan AJK PIBG dalam menjayakan mesyuarat tersebut. Ucapan beliau juga menyentuh tentang beberapa isu pendidikan yang menuntut komitmen semua pihak termasuk ibu bapa bersama pihak sekolah untuk menjadikan SK Gita No.2 sebagai sebuah sekolah yang mampu melahirkan pelajar yang berilmu dan bersahsiah tinggi selaras dengan dasar kementerian pelajaran. Ucapan Yang Dipertua PIBG banyak menyentuh tentang peranan yang boleh dimainkan oleh para Ibu bapa untuk menjayakan beberapa perancangan PIBG agar dapat dilaksanakan dengan jayanya.Beliau juga mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada para guru yang akan menyambut Hari Guru pada 16 Mei 2011.
Beberapa usul juga dikemukakan termasuklah berkaitan isu pendidikan,keselamatan dan kesihatan.Suasana yang harmonis dalam kalangan para hadirin semasa mengemukakan beberapa usul adalah petanda baik dalam merealisasikan keberkesanan PIBG untuk bersama-sama memajukan sesebuah sekolah.