Friday, June 11, 2010

Lawatan Penanda Aras Guru Besar Sekolah Angkat P194

Pada 31 Mei 2010 tiga orang Guru Besar dan Penolong Kanan sekolah angkat P194 Petra Jaya telah diberi peluang dan kesempatan oleh YB Tuan Haji Fadillah Yusuf untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke sekolah-sekolah cemerlang di Daerah Ulu Langat, Selangor. Rombongan diketuai oleh Encik Abdul Latip Bin Hj Bujang Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gita No.2. Turut serta dalam lawatan ialah Encik Tukimin bin Selikin (GB.SK Semariang), Encik Awg Muhamad (GB.SK Combined), Puan Hjh Maimunah (PK1 SK Gita 2), Puan Hamdiah Mat (PKHEM SK Gita 2) dan Encik Muhamad (PKKK SK Semariang).

Tujuan lawatan adalah untuk mengeratkan silatulrahim serta jalinan kerjasama dikalangan semua Guru Besar dan Penolong Kanan dalam usaha membentuk budaya kerja yang efektif dan efisyen selaras dengan kehendak NKRA ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Empat buah sekolah yang dilawati ialah SK Ampang Campuran, SK Taman Kosas, SK Saujana Impian, Cheras dan SK Cyber Jaya Sepang. Lawatan ini berfokus kepada pencapaian dan kejayaan sekolah-sekolah ini dalam memenangi Anugerah Kecemerlangan di peringkat Negeri dan Kebangsaan seperti Anugerah 3K, PSS, NILAM dan Anugerah Sekolah Cemerlang.

Di akhir lawatan rombongan telah dibawa melawat ke SK Cyber Jaya, Sepang dan diraiekan makan tengahari oleh Guru Besar Encik Abdul Razak bersama-sama ahli MGB Hulu Langat. Lawatan ini amat berfaedah dan memberi impak kepada stail dan pendekatan pengurusan sekolah yang berkesan dikalangan semua Guru Besar Sekolah angkat P.194. Bagi pihak rombongan kami mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Guru Besar sekolah di lawati serta layanan yang begitu mesra dan profesional sepanjang lawatan penanda aras kali ini. Tidak lupa juga kami mengucapkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Biro 194 dan YB kerana telah sudi menaja lawatan julung kali seperti ini.