Sunday, April 1, 2012

ACTION SONG ZON B KUCHING







22 Mac - SK Gita 2, telah dipilih untuk menganjurkan Action Song Antara Sekolah Zon B Kuching. Kehadiran para peserta dan guru sejak awal pagi telah memeriahkan lagi pertandingan tersebut. Pelbagai aksi,telatah, kreativiti dan suara dapat kita saksikan sepanjang sesi pertandingan persembahan dijalankan. Adat bertanding, ada yang kalah dan ada yang menang. Kualiti persembahan juga boleh dibanggakab kerana semua peserta telah menunjukkan semangat yang begitu jitu untuk berjaya. SK Gita no.2 telah berjaya mendapat tempat ke tiga,Naib Johan disandang oleh SK RPR Jln Astana dan Juara adalah SJK Chung Hua Bintawa.Syabas dan tahniah kepada semua AJK Pengelola dan semua pihak yang terlibat.

CERIATON SK GITA 2 KUMPUL RM28,000






Sabtu 31 Mac - Warga SK Gita 2 telah berjaya mengumpul dana PIBG melalui Program Ceriaton sejumlah RM28,000 dalam tempoh sebulan. Program selama sebulan ini mendapat kerjasama daripa semua murid, guru-guru dan ibu bapa. Tujuan kutipan adalah untuk tabung PIBG dan program pembangunan dalam usaha membantu sekolah menyediakan infastruktur yang diperlukan. Antaranya bagi pembinaan atap berbumbung pejalan kaki murid, keceriaan sekolah dan menara Jam sesuai dengan konsep 'Sekolah Tanpa Loceng.'

Antara aktiviti dijalankan sepanjang sebulan Program Ceriaton ialah pertandingan keceriaan kelas tahap 1 dan tahap 2, pertandingan mencanting batik murid Tahun 4 dan 5,pertandingan mewarna untuk pra sekolah, pertandingan kuih tradisional dan gubahan bunga dikalangan ibu bapa.

Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj Fadillah Yusop Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia. Beliau turut menyalurkan gran persekutuan sebanyak RM3,000 kepada PIBG sekolah. Pada majlis yang sama,Akmal Fakrullah Khamidi 11, diumum sebagai pemenang Kutipan Terbanyak kerana berjaya membuat kutipan individu berjumlah RM1,000 dan menerima hadiah berbentuk sebuah basikal 'Fixie'. Program telah diakhiri dengan cabutan bertuah dan persembahan 'Karaoke Ceria' daripada ibu bapa dan guru-guru.