19 Januari - Majlis Penyerahan Bantuan Khas Persekolahan 2013 peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini. Pengisian program dimulakan dari awal pagi dengan senaman kecergasan warga sekolah, taklimat pembangunan sekolah oleh Guru Besar, ceramah keibubapaan dan majlis penyerahan oleh YB Datuk Hj Fadillah Yusuf Ahli Parlimen P.194 merangkap Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi.
Dalam ucapan ringkasnya beliau menyentuh soal pendidikan di negara ini. Beliau berkata, ibu bapa tidak seharusnya melihat pendidikan teori adalah lebih penting berbanding pendidikan bidang teknikal. Teori atau teknikal, kedua-dua perlu bergerak seiring dalam usaha kita melihatkan modal insan yang kreatif dan berinovatif.