Pada 3 Mac 2014, sekolah telah diberi penghormatan untuk menerima kunjungan pegawai-pegawai dan pentadbir sekolah-sekolah dari negeri Sabah. Seramai 40 orang pegawai telah datang untuk melakukan Lawatan Penanda Aras yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan dalam menguruskan sekolah. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil sekitar aktiviti Lawatan berlangsung;
Terima Kasih diucapkan kepada semua warga sekolah yang telah memberikan kerjasama yang terbaik dalam membuat persiapan menyambut kedatangan tetamu-tetamu yang diraikan. Semoga terus komited untuk menempa lebih banyak kegemilangan di masa yang akan datang. Terima Kasih...
Thursday, March 6, 2014
Wednesday, February 19, 2014
Selamat Tahun Baru 2014
Selamat menyambut kedatangan tahun baru 2014. Sessi persekolahan tahun ini akan bermula pada 02 Januari 2014. Semoga SK Gita No.2 akan terus memahat kejayaan dan kegemilangan untuk tahun ini. Selamat Maju Jaya kepada semua warga sekolah.
Sunday, October 27, 2013
PROGRAM PASCA UPSR
LAWATAN KE KAPAL RIVER CRUISE - SUNGAI SARAWAK
22 Oktober (SELASA ) - Seramai 80 orang pelajar bersama 4 orang guru pengiring telah mengadakan lawatan sambil belajar menaiki Sarawak River Cruise. Sebahagian dari pelajar menyatakan bahawa itulah kali pertama menaiki kapal menyusuri sungai Sarawak. Semasa dalam perjalanan menyusuri sungai, pelajar dan guru juga telah dijamu dengan makanan tengah hari yang berupa Nasi Ayam. Semoga pengalaman yang diperolehi akan dapat dijadikan nilai tambah ilmu kepada semua rombongan.

Thursday, August 29, 2013
Saturday, February 9, 2013
LAPORAN KRIKET SK GITA N0.2
SK Gita 2 lakar hatrik kriket (Borneo Post)
by Harry Ilias. Posted on February 8, 2013, Friday
GEMBIRA: Pemain dan jurulatih SK Gita 2 meraikan kejayaan muncul johan Kejohanan Kriket Bawah 12 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sarawak (MSSS) 2013. — Gambar Harry Ilias
KUCHING: Sekolah Kebangsaan (SK) Gita 2 melakar hatrik setelah muncul johan Kejohanan Kriket Bawah 12 tahun Majlis Sukan Sekolah-sekolah Sarawak (MSSS) 2013 semalam. Kejayaan tersebut memastikan SK Gita 2 mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya sejak 2011.
Dalam perlawanan yang dilangsungkan di padang sekolah SK Gita 2 semalam, skuad didikan Francis Vaithilingam mencatat 46 larian dengan jatuhan lapan wiket untuk mengatasi SK Siol Kanan yang melakar 33 larian dengan jatuhan enam wiket.
SK Gita 2 menang dengan kelebihan 13 larian untuk sekali lagi muncul johan bagi edisi 2013.
Tempat ketiga pula milik SK Tabuan setelah mereka menundukkan jirannya SK Tabuan Hilir dengan kelebihan dua wiket.Menurut Francis, anak-anak buahnya telah bermain dengan baik biarpun hanya menjalani latihan selama sebulan.
Subscribe to:
Posts (Atom)