2 OKTOBER - Setelah hampir seminggu sekolah dibuka, hari ini SK Gita 2 telah mengadakan satu majlis sambutan hari raya peringkat sekolah. Majlis yang dinamakan "MAJLIS SEINDAH SYAWAL" merupakan majlis sambutan hari raya pertama bagi SK Gita 2 yang dibuka sejak januari yang lalu. Objektif majlis ini diadakan untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara murid dan guru serta menghubungkan silaturahim antara pekerja swasta, guru-guru SK Gita 2. Pelbagai acara telah diatur sepanjang majlis tersebut berlangsung. Antaranya adalah persembahan takbir raya oleh kumpulan takbir raya sekolah yang diketuai oleh adik Mohd Afiq Syazwan dari Carnation 6 dibawah tunjuk ajar Ustaz Mohd Izzuddin. Kemudian diikuti dengan persembahan dikir barat oleh kumpulan dikir barat yang terdiri dari murid tahun Allamanda 3 dibawah tunjuk ajar Cikgu Mastura Abdul Majid. Penonton dihidangkan pula dengan pertandingan ceria raya di mana peserta pertandingan dikehendaki menyampaikan lagu raya dengan gaya dan suara yang terbaik. Guru-guru dan pekerja swasta juga tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan lagu raya dihadapan penonton. Majlis Seindah Syawal yang bermula 8.30 pagi itu bagaimana pun berakhir dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang mewarna pada bulan kemerdekaan yang lalu serta pemenang pertandingan ceria raya pada pukul 11.30 tengahari.
Monday, October 5, 2009
Friday, July 31, 2009
Monday, July 27, 2009
Lemahnya Generasi Kita
Pernahkah kita terlintas benak fikiran kita untuk bertanya kepada murid atau anak-anak kita tentang perkara-perkara kenegaraan? Sejauh mana pula matlumat kita mengenainya. Hakikatnya kita terlalu memandang enteng perkara-perkara ini sehingga terlupa betapa pentingnya generasi mendatang memerlukan perkara-perkara ini agar mereka tidak lupa asal usul mereka. Perkara-perkara tentang kenegaraan harus dititik beratkan dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Malah ibubapa juga harus memainkan peranan dalam perkara ini dengan membeli buku-buku dan permainan-permainan yang boleh memberikan info mengenai negara kita. Dengan ini masalah yang dihadapi oleh generasi kita akan datang boleh diatasi.
Saturday, July 25, 2009
Program Jangkauan Ilmu
Syabas dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga SK Gita No. 2 kerana telah bertungkus lumus dalam memastikan perjalanan program jangkauan ilmu berjalan dengan lancar. Program Jangkauan Ilmu ini merupakan program anjuran bersama Dewan Bandaraya Kuching Utara. Ia merupakan program yang julung-julung kali diadakan di Sekolah Kebangsaan Gita No.2. Program ini adalah program penutupan bulan membaca sekolah setelah sebulan berlangsungnya bulan membaca sekolah.
Monday, January 5, 2009
Kata-kata Aluan Guru Besar

Assalamualaikum Wrbkth.
Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak warga SK Gita No.2 ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini. Sekolah ini baru sahaja beroperasi sepenuhnya pada 5 Januari 2009 dengan bilangan pengajar seramai 37 orang dan bilangan pelajar seramai 570 orang sahaja.
Semoga laman web ini akan dapat mengeratkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama sekolah-sekolah elit yang ternama di negara ini.
Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.
Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.
Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.
Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.
Wassalam.
ABDUL LATIP HJ. BUJANG
Guru Besar S.K Gita No. 2

Subscribe to:
Posts (Atom)