Monday, July 18, 2011

PROGRAM JARINGAN PENDIDIKAN SK PUTRA JAYA


19 Julai - Satu rombongan guru panitia matematik SK Putra Jaya Presint 11 telah mengadakan lawatan penanda aras yang berbentuk perkongsian ilmu bersama-sama guru panitia matematik SK Gita 2. Guru-guru dari SK Putra Jaya Presint 11 diketuai oleh Puan Khairul Bariah. Rombongan disambut dengan tarian selamat datang oleh murid-murid Tahun 5 dan seterusnya mereka di bawa untuk menikmati jamuan ringan. Guru Besar Encik Abdul Latip bin Bujang telah memberi taklimat pengurusan sekolah kepada semua pelawat dan di akhiri dengan sesi percambahan fikiran dan perkongsian ilmu daripada Puan Khairul Bariah. Program Jalinan ilmu yang amat positif seperti ini telah mengeratkan lagi silatulrahim di antara kedua-dua panitia matematik Putra Jaya dan Gita 2.

Sunday, July 17, 2011

KEM BESTARI SOLAT SIRI 2



16 Julai - Kem Bestari Solat siri ke 2 telah diadakan pada pagi ini melibatkan semua murid Islam Tahun 1 dan Tahun 2. Di antara objektif pelaksanaan Kem Bestari Solat ialah:
1. Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
2. Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat –solat fardhu.
3. Murid dapat melaksanakan semua perbuatan dan bacaan dalam solat dengan betul.
4. Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna secara berjemaah.

Dari segi penglibatan dan penyertaan murid pada sesi ke 2 ini ialah seramai 89 orang murid Islam Tahun 1 telah menghadiri kem ini. Murid-murid ini telah dibimbing dengan baik dalam semua aktiviti yang dijalankan dan amat menyeronokkan.

Saturday, July 2, 2011

Larian IM IS- SK GITA no.2




2 Julai - Kuching - Pelancaran aktiviti Larian 1 Malaysia 1 Sukan telah berjaya dilaksanakan di SK Gita No.2,Kuching serentak dengan larian seluruh negara. Pelabagai aktiviti telah dijalankan disamping aktiviti utama iaitu larian beramai-ramai.
Antara aktiviti yang dijalankan bagi memenuhi aturcara program ialah senaman poco poco, sukaneka utk pelajar tahap 1, "chiken dance" dan sambutan hari lahir guru dan pelajar. Kemeriahan program semakin terasa dengan kehadiran Timbalan Pengarah Pelajaran Sarawak iaitu Jaidah Hj. Alek bersama rombongan dari PPDK Kuching dan JPN Sarawak.Rombongan Timbalan Pengarah sempat menjamu selera bersama guru-guru dan AJK PIBG serta telah melawat sekitar kawasan sekolah.Beliau terpegun dengan beberapa sudut pembelajaran,sudut info maklumat serta pameran hasil kerja pelajar di dinding Laman Akasia.Guru Besar ,Cikgu Abdul Latip Hj Bujang telah menerangkan secara sepintas lalu mengenai konsep sekolah tanpa tong sampah,konsep sekolah penyayang dan konsep sekolah dalam taman.
Aktiviti telah tamat sekitar jam 11.30 pagi.

Sunday, June 19, 2011

PROGRAM KLINIK SAINS UPSR 2011






18 Jun- Satu program bebentuk klinik Sains UPSR telah dijalankan oleh Panitia Sains bertempat di SK Gita No.2,Kuching.Penceramah yang mengendalikan program ini merupakan ketua Panitia Sains iaitu Cikgu Sadun Matnor yang merupakan Guru Cemerlang Sains dan Jurulatih Utama Kebangsaan untuk Pedagogi Sains dan KSSR Dunia Sains dan Teknologi.Beliau dibantu oleh 3 orang guru Sains yang berpengalaman iaitu Cikgu Silimun Buyung dan Cikgu Hjh Rozita Mohamad dan Cikgu Halimah Abdullah (keduanya pemeriksa kertas Sains UPSR).Seramai 60 orang pelajar terpilih berdasarkan keputusan Ujian Penggal Pertama.Pelajar telah dibahagikan kepada 6 kumpulan kecil.Tiga kumpulan pertama akan mendengar ceramah bersama Cikgu Sadun Matnor mengenai Revisi Ekspress dan Teknik menjawab Soalan serta latihan berkaitan dengan Kemahiran Proses Sains.Tiga kumpulan kecil akan dibimbing oleh 3 orang fasilatator dalam kelas yang berasingan menjawab latihan yang berbentuk ramalan UPSR.Aktiviti akan berulang untuk tiga kumpulan seterusnya.Program ini berakhir pada jam 12.45 tengah hari.Dalam ucapan perasmian aktiviti, Guru Besar ,En.Abd Latip Hj Bujang berharap agar pelajar dapat memberi tumpuan sepenuhnya agar mereka dapat menafaat yang maksima dari program ini dan mengucapkan terima kasih kepada ahli panitia sains yang terlibat menjaya program ini atas inisiatif sendiri. Cikgu Sadun Matnor selaku ketua panitia harap program ini akan dapat melonjakkan lagi prastasi UPSR dan Sains khasnya.Semoga usaha ini akan menjadi peransang kepada rakan guru yang lain untuk lebih komited dalam menjalankan tugas mendidik anak bangsa.

Saturday, May 28, 2011

HADIAH HARI GURU 2011


28 Mei - Bersempena sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada 26 Mei yang lalu beberapa aktiviti menarik telah diadakan pada hari tersebut seperti sukaneka, persembahan murid dan aktiviti bersama KFC 'Chickies and Friends'.

Sambutan tahun ini amat bertuah kerana semua guru telah mendapat hadiah istimewa daripada Bapak Tarmin Setiawan, Atase Imigrasi Repablik Indonesia. Sementara seorang hamba Allah yang perihatin dan dermawan telah menghadiahkan sebuah 'Buaian Kayu Belian' kepada pihak sekolah sebagai hadiah hari guru dan sekaligus sebagai pelengkap konsep sekoah dalam taman yang dihasratkan oleh sekolah.

Warga SK Gita No 2 amat terharu dengan sumbangan ini dan merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Bapak Tarmin dan hamba Allah yang telah bermurah hati menghulur sumbangan yang cukup bermakna ini. Semoga segala jasa baik dan budi luhur tuan-tuan akan mendapat rahmat daripada Allah S.W.T.