Monday, January 4, 2010

Hari Pertama 2010

Buat tahun keduanya SK Gita 2 meneruskan operasinya sebagai salah satu pembina modal insan. Hari ini 633 murid telah hadir di SK Gita 2 untuk memulakan sesi pembelajaran tahun 2010. Pagi tadi ibubapa penjaga tahun 1 dibenarkan masuk berikutan menghantar dan memujuk anak-anak mereka yang baru sahaja mula belajar pada tahun ini. Selepas ini ibubapa penjaga tidak lagi dibenarkan memasuki ke kawasan sekolah melainkan ada urusan penting dengan pihak sekolah sahaja. Ibubapa hanya dibenarkan menghantar anak-anak mereka di pintu masuk sekolah sahaja. Ini disebabkan polisi keselamatan sekolah SK Gita 2.

Pagi tadi, perhimpunan berjalan seperti biasa dan banyak perubahan baru telah diatur oleh pihak sekolah bagi sesi tahun 2010 agar berjalan lebih sistematik dan efisyen dari tahun sebelumnya. Dalam pada itu, guru besar SK Gita 2 Encik Abdul Latip bin Bujang dalam ucapan perhimpunan rasmi pagi tadi mengingatkan kepada murid agar lebih cemerlang dan lebih baik dari tahun sebelumnya.

No comments:

Post a Comment