Saturday, March 6, 2010

LDP Pertama 2010

5 Mac - Belum lagi keringat program Maulidur Rasul kering pada sebelah pagi, guru-guru SK Gita 2 mengorak langkah mengatur paradigma dengan menghadiri Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang diadakan pada sebelah petang jumaat. Kursus ini merupakan kursus yang pertama buat tahun 2010 yang diadakan untuk guru-guru SK Gita 2. Tujuan kursus ini adalah untuk memberikan pendedahan dan latihan dalam penggunaan sistem fleksi versi baru yang diguna pakai oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kuching (PPDK). Ianya disampaikan oleh Cikgu Sadun bin Mat Nor yang merupakan guru cemerlang dan guru pakar sains Sarawak. Kursus yang bermula jam 2.30 petang ini berakhir pada pukul 5 petang dengan penyampaian cenderamata kenang-kenangan oleh En. Abdul Latip bin Bujang, Guru besar SK Gita 2 kepada Cikgu Sadun bin Mat Nor. SK Gita 2 mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Sadun kerana sudi berkongsi ilmu bagi meningkatkan penggunaan teknologi maklumat kepada guru-guru SK Gita 2.

2 comments:

  1. LDP telah membantu guru-guru untuk membuat fleksi dengan sistematik. Semoga maju jaya.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kepada Cikgu Sadun kerana menyampaikan kursus fleksi. Semoga guru-guru lebih maju ke hadapan dalam bidang ICT.

    ReplyDelete