Tuesday, March 30, 2010

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN ZON B, KUCHING



29 MAC - Sekali lagi SK Gita 2 melakarkan sejarahnya pada hari ini kerana telah berjaya menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah-sekolah rendah Zon B (MTQ).

"Walaupun SK Gita 2 adalah sekolah yang baru, namun dapat menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran dan Festival Nasyid seperti sekolah-sekolah yang sudah berpuluh-puluh tahun berpengalaman menganjurkan Majlis seperti ini. Syabas dan tahniah diucapkan" kata Ustaz Awang Arifin pegawai di Jabatan Pelajaran Daerah Kuching dalam ucapannya merasmikan majlis penutupan.

Antara pertandingan yang diadakan pada majlis tersebut adalah pertandingan nasyid, tilawah Al-Quran, hafazan dan bercerita. Seramai 303 orang murid dari 32 sekolah rendah Zon B kuching telah menyertai pertandingan kali ini. Sebanyak 16 buah sekolah telah menyertai pertandingan nasyid dan ia merupakan penyertaan terbanyak berbanding dengan pertandingan zon A yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Green Road.

SK Gersik telah merangkul juara nasyid pada kali ini. Johan tilawah lelaki telah dimenangi oleh adik Mohd Yusuf Abd Ghani dari SK Siol Kanan. Manakala Johan tilawah Perempuan, dimenangi oleh adik Ain Farzeena Yusmari dari SK Gersik. Johan hafazan lelaki telah dimenangi adik Hafizuddin Abu Zaid dari SK Gita 2, manakala johan hafazan perempuan dimenangi oleh adik Fatin Nur Aqilah Isa dari SK Gita. Johan bercerita lelaki dimenangi oleh Muhd Faris Jafri dari SKA Datuk Hj. Abd Kadir Hassan, manakala bercerita perempuan dimenangi oleh adik Nurazeena Askan dari SK Siol Kanan.

Tahniah dan syabas buat peserta-peserta MTQ yang telah berjaya. SK Gita 2 merakamkan jutaan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang derma dan tenaga dalam menjayakan MTQ pada kali ini.

2 comments:

  1. Ustaz Mohd IzzuddinMarch 30, 2010 at 10:31 PM

    Terima kasih diucapkan kepada Seluruh Jawatankuasa MTQ kerana bekerja keras dalam menjayakan MTQ. Tahniah diucapkan kepada adik Hafizudin kerana mendapat johan dalam hafazan.

    ReplyDelete
  2. Jazakallah khairan jaza' kepada Jawatankuasa MTQ dan penderma-penderma MTQ. Semoga Allah menerima segala amal kebaikan kita dalam memertabatkan Al-Quran dalam pendidikan anak-anak kita.

    ReplyDelete