Monday, May 3, 2010

MENANG LAGI...


29 APRIL - Hari ini sekali lagi SK Gita No. 2 mencatatkan sejarahnya yang manis setelah mendapat naib johan dalam Perlawanan Kriket Bahagian Kuching yang telah diadakan di .IPGM Batu Lintang dan SK Tabuan. Biarpun setahun jagung dalam permainan Kriket dan percubaan pada tahun sebelumnya SK Gita 2 tidak beroleh tempat namun dengan tekad, usaha dan komitmen guru, jurulatih dan murid-murid SK Gita 2 pada tahun ini telah membuahkan hasil buat kali yang pertama. Daripada 10 perlawanan yang disertai oleh SK Gita 2 dalam kriket hanya satu perlawanan sahaja SK Gita 2 menemui kegagalan setelah terpaksa tunduk dengan pengalaman yang ada dengan juara tahun lepas iaitu SK Tabuan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada jurulatih Kriket sekolah dan Cikgu Silimun kerana telah mencurahkan bakti kepada SK Gita 2. Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid yang telah berjaya dalam mengharumkan lagi nama SK Gita 2.

1 comment:

  1. Ustaz Mohd IzzuddinMay 3, 2010 at 9:58 AM

    Mabruk (Tahniah) kepada pasukan Kriket sekolah kerana telah berjaya mendapatkan tempat kedua dalam perlawanan Kriket baru-baru ini.

    ReplyDelete