Friday, October 15, 2010

CERAMAH KEMPEN CEGAH JENAYAH AWAL REMAJA

14 OKT - Baru-baru ini satu Ceramah Kempen Cegah Jenayah Awal Remaja telah diadakan di SKG2. Ceramah ini diadakan sempena dengan program Pasca UPSR 2010. 3 orang pegawai polis dari IPD Kuching di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah datang ke SKG2 untuk menyempurnakan program ini. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Encik Simon Low Kok Hua Sub Detektif.

"Kempen ini amat bermakna buat murid tahun 6 (Pasca UPSR) menimba ilmu dan memberi kesedaran terhadap gejala-gejala yang terjadi masakini terhadap golongan remaja"Jelas Penyelaras Program Ceramah Kempen Cegah Jenayah Awal Remaja, Encik Abdul Malik bin Wahab.

"Pihak sekolah mengadakan Program sebegini bersesuaian dengan 10 konsep sekolah kebangsaan gita no.2 iaitu sekolah selamat" tegas Guru besar, Encik Abdul Latip Bin Bujang ketika ditemui di bilik mesyuarat kecil SKG2.

Murid-murid didedahkan dengan jenayah-jenayah yang dilakukan oleh remaja seperti pergaduhan, mencabul kehormatan, penagihan dadah dan sebagainya. Ia merupakan satu pengalaman baru kepada murid-murid tahun 6 yang sebelum ini tidak mengetahui ianya suatu jenayah. Ceramah yang bermula jam 10 berakhir pada 11.30 pagi. SKG2 mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Simon dan juga IPD Kuching kerana sudi meluangkan masa untuk turun menyampaikan ceramah kepada murid-murid tahun 6 SKG2.

No comments:

Post a Comment