Thursday, October 7, 2010

PROGRAM CITRA WARISAN


6 OKT - Satu program telah berlangsung di SKG2 baru-baru ini. Program yang diberi nama Program Citra Warisan merupakan program pertama pasca UPSR SK Gita NO. 2. Program ini merupakan program anjuran bersama dengan Kraftangan Malaysia Cawangan Kuching. Seramai 10 orang pegawai Kraftangan Malaysia hadir di SK Gita No. 2 sebagai fasilitator kepada peserta Program Citra Warisan yang terdiri daripada murid tahun 6 SK Gita No. 2. Antara pengisian yang disajikan dalam program tersebut ialah anyaman buluh, membentuk ceramik, menyusun manik dan mencanting batik. Program yang bermula dari pukul 8.30 pagi ini telah berakhir pada pukul 3.30 petang dengan majlis penyampaian cenderahati kepada fasilitator dan peserta terbaik Program Citra Warisan. Lima orang peserta bengkel telah terpilih menerima hadiah. Peserta terbaik anyaman rotan, adik Affendi Tan. Peserta seramik, Mohd Aslam Zuhairi. Manakala sulaman manik adik Efa Natasha, batik tulis pula adik Mohd Arif dan anyaman buluh pula max cavalera. Penyampaian cenderahati kepada fasilitator dari Kraftangan Malaysia telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Gita No. 2, Encik Abdul Latip Bin Bujang. Manakala hadiah peserta terbaik pula disempurnakan oleh Puan Catherine Fiziah Abdullah wakil pegawai PPD Kuching. Ucapan terima kasih diucapkan kepada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Wakil pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kuching, Puan Catherine Fiziah Abdullah serta ahli jawatankuasa pelaksana Program Citra Warisan kerana menjayakan program ini. Semoga Program Citra Warisan ini dapat dianjurkan lagi pada
tahun yang mendatang.

No comments:

Post a Comment