Monday, November 8, 2010

Sukan Tahunan 2010

28 Okt - Program Sukan Sekolah adalah salah satu aktiviti yang telah dirancang oleh unit kokurikulum bagi tujuan mencungkil bakat murid-murid dalam bidang sukan untuk diketengahkan bagi mewakili sekolah dan sebagai medium bagi mencapai sahsiah murid yang cemerlang di samping menyemaikan sifat displin,wibawa dan beketrampilan. Antara jemputan-jemputan yang hadir ialah Encik Rashid Ibrahim, penolong penyelia Sukan PPD, Kuching, wakil PIBG, ketua kampung dan juga ibu bapa pelajar. Majlis di mulakan dengan perbarisan lintas Hormat dari rumah Raja Wali, Cenderawasih, Helang, Kenyalang Pra sekolah dan KKBP.majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku/Lagu sekolah, bacaan doa oleh Uztaz Mohd Zamri & perasmian oleh Guru Besar SK Gita No. 2 Encik Abdul Latip bin Haji Bujang. Selesai larian obor kejohanan Kontinjen keluar baris dan acara dimulakan. Bagi acara perbarisan telah dimenangi oleh Rumah Rajawali dan keseluruhan kejohanan dimenangi oleh rumah Kenyalang. Acara berlangsung dengan jaya dan meriah di samping mewujudkan semangat kesukanan di kalangan pelajar dan warga Sk Gita No 2.

No comments:

Post a Comment