Wednesday, February 16, 2011

Program Penutur Jati Bahasa Inggeris















14 Februari - Jawatankuasa sambutan Program Penutur Jati Bahasa Inggeris SK Gita No 2 telah
mengadakan majlis suai kenal bersama-sama guru mentor program berkenaan, Miss Patricia Smith pada pagi isnin ini tadi.

Majlis ini turut dihadiri 2 orang pegawai dari PPD Kuching Cik Tnay dan Puan Suzan. Hadir sama GB SK Semerah Padi,wakil Guru Besar dan guru-guru Bahasa Inggeris SK Gita, SK Encik Buyung dan SJK Chung Hua Pending.Aktiviti sambutan dimulakan dengan tarian selamat datang dan persembahan choral speaking oleh murid-murid SK Gita No 2 dan seterusnya 'breakfast'bersama semua jemputan dan seterusnya taklimat perancangan sekolah oleh Guru Besar Encik Abdul Latip dan akhir sekali majlis suai kenal dan perancangan program bersama semua guru bahasa inggeris di kluster 2.

Program Penutur Jati Bahasa Inggeris ini merupakan salah satu strategi untuk memperkukuh penguasaan bahasa inggeris di sekolah dan dilaksanakan di semua negeri mulai tahun 2011 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

No comments:

Post a Comment