Saturday, October 22, 2011

Hari Sukan 2011







20 Okt - Sekali lagi SK Gita No.2,telah berjaya mengelolakan Hari Sukan.Kejohanan ini mempertandingkan 57 acara melibatkan empat buah rumah sukan,Rumah Helang,Rumah Rajawali,Rumah Cenderawasih dan Rumah Kenyalang. Sekali lagi Rumah Kenyalang telah berjaya menjadi johan,N.Johan pula disandang oleh Rumah Cenderawasih dan Ketiga dikongsi antara Rumah Rajawali dan Rumah Helang.Kehadiran Ibubapa,pihak Rela dan Ketua Kaum Kpg Gita telah menyerikan lagi Kejohanan Sukan pada tahun ini.Pelbagai aksi dan gelagat pelajar tahap 1 dapat diperhatikan semasa aktiviti dijalankan. Semangat juang para pelajar dan Guru Rumah masing-masing telah menjadikan sukan ini sebagai medan untuk mengeratkan silaturahim di kalangan warga sekolah. Provokasi yang sering dibuat oleh juruacara yang bertugas menyemarakkan lagi suasana dan semangat bersaing dalam kalangan peserta.Kejohanan sukan pada tahun ini tamat pada pukul 4.00 petang.

2 comments:

  1. Tahniah kepada SK Gita 2 kerana berjaya mengadakan Sukan sekolah 2011. Buat guru2 SK Gita 2 syabas diucapkan. Asyuku ilaikum jamie'ann (i miss u all)

    ReplyDelete
  2. kalau ustaz Izzudin ada pasti lebih meriah sebab sekarang kami amat terasa bila ustaz dah tak ada.tapi demi tugas dan tggjwb terhadap keluarga kami merelakan pemergian ustaz

    ReplyDelete