Monday, October 10, 2011

Jom Berambeh "Sehari Di SK Gita 2"





1 Okt(sabtu) - SK Gita 2 telah menjadi medan pelbagai aktiviti yang melibatkan penyertaan pelajar,Ibubapa,Guru serta warga Jabatan Kesihatan.Pelbagai aktivti telah dijalankan sepanjang hari tersebut.
Antara acara yang berlangsung ialah Program Perkhemahan Unit Beruniform,Program Penyaringan dan Taklimat mengenai Murid Berkeperluan Khas dan Bengkel Penutur Jati Bahasa Inggeris.
Program Perkhemahan merupakan aktiviti tahunan unit beruniform yang melibatkan pelajar tahun 4,5 dan 6.Pelbagai aktiviti dijlankan sepanjang program perkhemahan ini dijalankan.Penglibatan jurulatih kawad dari SMK Semerah Padi telah menyerikan lagi aktiviti ini.Kepenatan bermalam disekolah pada malam sebelumnya tidak terasa oleh pelajar kerana teruja dengan aktiviti yang ditunggu-tunggu ini.
Program Penyaringan dan Taklimat Mengenai Murid Berkeperluan Khas oleh Doktor dari Jabatan Kesihatan telah melibatkan pelajar dari beberapa buah sekolah Rendah dan Menengah di sekitar Kuching.Sambutan yang amat menggalakkan dari ibubapa merupakan petunjuk yang amat baik tentang keperihatinan ibubapa terhadap masalah anak mereka.Guru Besar SK Gita 2,En.Abdul Latip Hj Bujang dalam ucapan aluan amat berterima kasih kepada semua ibubapa dan guru pengiring kerana sudi hadir ke program tersebut.
Bengkel Penyediaan Bahan Bantuan Mengajar yang dijalakan oleh Guru Program Penutur Jati Bahasa Inggeris juga dijalakan serentak dengan bimbingan Miss Patricia Smith.
Keadaan persekitaran sekolah yang agak sibuk dengan pelbagai aktiviti telah memberi kesedaran kepada para pelajar dan warga sekolah tentang pentingnya kerjasama dalam kalangan warga sekolah dengan masyarakat setempat sesuai dengan konsep sekolah penyayang dan sekolah sejahtera.

No comments:

Post a Comment