Sunday, September 2, 2012

PROGRAM CITRA BESTARI -SAINS UPSR

1 Sept 2012 - Satu Program Citra Bestari untuk mata pelajaran Sains UPSR telah diadakan di bilik seminar Yayasan Sarawak, Jalan Santubong Kuching. Seramai 60 pelajar yang terpilih telah menghadiri program ini bersama 3 orang Guru Sains iaitu Cikgu sadun Matnor, Cikgu Hjh Rozita dan Cikgu Halimah Abdullah telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program ini dengan jayanya. Cikgu Abdul Malek selaku Guru Bimbingan dan Kaunseling juga terlibat sebagai pihak urusetia. Penceramah jemputan untuk program ini ialah Cikgu Ettin ak Lambat ,Guru Cemerlang Sains dari SK Tabuan Jaya. Kehadiran beliau juga sebagai mengenang budi yang telah diberikan oleh Cikgu sadun Matnor,Guru Cemerlang sains yang telah memberi ceramah motivasi kepada pelajar SK Tabuan Jaya pada bulan Julai yang lalu. Banyak juga input yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan. Selepas penceramah jemputan menyampaikan ceramah, Cikgu sadun telah menyambung aktiviti dengan "Revisi Ekspress" sebagai latihan Pecutan Akhir UPSR untuk mata pelajaran Sains.Belua juga menggunakan MODUL BANTU LULUS Sains sebagai bahan latih tubi.
Aktiviti ini tamat pada jam 12.30 tengahari. Segala kos untuk mengelolakan aktiviti ini adalah sumbangan PIBG sekolah. Harapan dan doa dari kami yang telah menjayakan program ini ialah, semoga segala ilmu yang dicurahkan dapat digunakan semasa menjawab soalan UPSR nanti dan berharap usaha murni seperti ini akan dapat diteruskan dengan semangat yang lebih jitu.

No comments:

Post a Comment