Tuesday, November 20, 2012

PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2012


19 Nov - Keputusan UPSR 2012 telah diumumkan pada hari ini. Semua murid yang menduduki UPSR telah hadir bersama ibu bapa masing-masing untuk mengetahui keputusan kali ini. Seramai 8 orang murid telah mendapat 5A berbanding 5 orang pada tahun lepas dan keputusan keseluruhan meningkat 0.8% daripada 64.5%  pada tahun 2011 kepada 65.3% tahun 2012. Sementara 5 orang murid telah mendapat 4A1B dalam matapelajaran sains dan penulisan.

Murid cemerlang telah mendapat hadiah insentif daripada PIBG sekolah, Laptop 1Malaysia daripada Ahli Parlimen 194 YB Datuk Hj Fadillah Yusof, kamus daripada Bank Rakyat Satok dan wang saku daripada Syarikat MasGusti pengusaha kantin sekolah.


Syabas dan tahniah kita ucapkan kepada yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang kali ini dan tingkatkan usaha agar memperolehi keputusan yang lebih cemerlang pada peperiksaan yang akan datang.

No comments:

Post a Comment