Sunday, March 23, 2014

22 Mac 2014 (SABTU) Program Citra Bestari UPSR untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sarana Ibubapa telah dijalankan di CIDB,Jalan Santubong Kuching. Dua orang penceramah merupakan Guru Sumber Bahasa Inggeris telah dijemput untuk menyampaikan ceramah yang berfokus kepada Teknik Menjawab Soalan dalam UPSR. Beberapa orang guru yang dilantik telah hadir bersama untuk mengurus urusan disiplin, makanan dan kebajikan pelajar.Pada sesi sebelah petang, Ibubapa telah hadir untuk mengikuti Program Sarana Ibubapa dan menandatangani Aku Janji bersama anak masing-masing. Slot petang itu telah disampaikan oleh Prof.Dr Rusli Ahmad dari UNIMAS.Sesi ceramah yang menarik dan menceriakan itu telah banyak memberikan ilmu kepada para hadirin. Sebelum slot beliau, Guru Besar SK Gita 2, iaitu Enh.Abdul Latip Hj Bujang telah menyampaikan sasaran dan pencapaian sekolah pada tahun lepas dalam UPSR dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan dirancang oleh pihak sekolah untuk pelajar-pelajar tahun 6.
Harapan untuk semua agar apa yang dihasratkan ini akan mencapai kejayaan untuk memacu kejayaan SK GITA 2 dan seterusnya menjulang Sarawak...
TERIMA KASIH BUAT SEMUA GURU DAN IBUBAPA.............JUMPA LAGI.







No comments:

Post a Comment