Tuesday, May 11, 2010

SYABAS SK GITA NO.2


10 Mei - Syabas dan tahniah buat SK Gita No. 2 kerana telah berjaya mengukir nama dalam arena kriket setelah 3 orang murid SK Gita No. 2 telah terpilih mewakili Sarawak dalam permainan kriket. Mereka adalah adik Muhammad Naseem Shah bin Rashid, adik Mohd Qayyum Bin Satu dan adik Ervin Kik AK Irex. Sebelum ini, SK Gita 2 telah menghantar satu pasukan ke peringkat negeri Sarawak yang telah diadakan di SK Tabuan dan telah menduduki tempat yang kedua dalam perlawanan tersebut. Perlawanan Kriket peringkat kebangsaan tahun ini akan diadakan di Pulau Pinang pada bulan jun nanti. SK Gita 2 mengucapkan tahniah kepada mereka bertiga kerana mengharumkan lagi nama sekolah. Semoga Sarawak menjuarai Perlawanan Kriket peringkat kebangsaan nanti. Majulah sukan untuk negara.

Monday, May 3, 2010

MENANG LAGI...


29 APRIL - Hari ini sekali lagi SK Gita No. 2 mencatatkan sejarahnya yang manis setelah mendapat naib johan dalam Perlawanan Kriket Bahagian Kuching yang telah diadakan di .IPGM Batu Lintang dan SK Tabuan. Biarpun setahun jagung dalam permainan Kriket dan percubaan pada tahun sebelumnya SK Gita 2 tidak beroleh tempat namun dengan tekad, usaha dan komitmen guru, jurulatih dan murid-murid SK Gita 2 pada tahun ini telah membuahkan hasil buat kali yang pertama. Daripada 10 perlawanan yang disertai oleh SK Gita 2 dalam kriket hanya satu perlawanan sahaja SK Gita 2 menemui kegagalan setelah terpaksa tunduk dengan pengalaman yang ada dengan juara tahun lepas iaitu SK Tabuan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada jurulatih Kriket sekolah dan Cikgu Silimun kerana telah mencurahkan bakti kepada SK Gita 2. Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid yang telah berjaya dalam mengharumkan lagi nama SK Gita 2.

Saturday, May 1, 2010

Lagu SK Gita 2

BERILMU BERWAWASAN

Dua ribu sembilan
namamu megah terukir
SK Gita 2 namamu diberi
Tersergam indah nan permai
Gedung ilmu kebanggaan kami
Untuk mencapai cita…cita kami
Untuk mencapai cita…cita kami

Lahirnya lencana
dan moto sekolah
Berilmu berwawasan
Cogan kata diberi

Sebagai mendukung
wawasan negara
Itulah matlamat dan iltizam kami
Iltizam kami dan iltizam kami

Kamilah anak-anak harapan bangsa
Penuh semangat menuntut ilmu
Akademik cemerlang wawasan semua
Untuk ………….Guru-guruku…

Didiklah dan…… Curahkan lah
Ilmu yang ada tak kan kami persiarkan

Sekolah kami tersergam indah
Sekolah berbudaya dan berwawasan
Penuh semangat menuntut ilmu
Jati diri perinsip disanjung
Terima kasih cikgu…Terima kasih cikgu

Kan ku harumkan oh namamu….
Kan ku harumkan oh namamu……..
Kan ku harumkan oh namamu…………


Klik disini untuk download lagu sekolah

Wednesday, April 21, 2010

PERLAWANAN SOFBALL BHG KUCHING



21 April - Kali ini SK Gita No. 2 telah merangkul tempat yang ketiga dalam perlawanan sofball bahagian kuching setelah menang dalam beberapa perlawanan dan kalah sekali dengan juara zon A. Manakala Johan kali ini dimenangi oleh Padawan manakala naib johan dimenangi oleh Zon A. Walaupun SK Gita No. 2 merupakan sekolah yang baru berumur dalam setahun 4 bulan. Malah sukan sofball ini baru diperkenalkan di SK Gita No. 2 sejak ianya beroperasi, murid-murid tetap bersemangat dan memberikan saingan yang hebat terhadap juara zon A walaupun terpaksa tunduk dengan pengalaman mereka. 3 orang murid SK Gita 2 telah terpilih untuk mewakili bahagian Kuching, mereka adalah adik Mohd Naseem, Ervin dan Wilbert. Syabas buat murid-murid SK Gita No.2 kerana bersemangat dalam sukan sofball. Tahniah buat sekolah-sekolah yang telah berjaya dalam perlawanan sofball kali ini. SK Gita No. 2 mengucapkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam penganjuran ini samada secara langsung dan tidak langsung. Perlawanan sofball bahagian Kuching ini telah berlangsung 20 dan 21 April. SK Gita No. 2 dan SK Gersik merupakan sekolah yang menganjurkan Sofball bahagian Kuching pada kali ini. Ianya merupakan kali kedua buat SK Gita No. 2 menganjurkannya, kali pertamanya pada tahun 2009. Objektif yang ingin dicapai perlawanan ialah untuk memilih murid-murid yang berbakat dalam sofbal di bahagian Kuching untuk mewakili daerah Kuching pada perlawanan sofball peringkat daerah nanti.

Monday, April 19, 2010

SALAM PERPISAHAN


16 APRIL - Dua orang guru pelatih dari Institut Perguruan Malaysia Batu Lintang IPGM Batu Lintang hari ini telah menamatkan latihan pratikumnya di SK Gita 2. Cikgu Saftuyah dan Hartini merupakan guru pelatih dari IPGM Batu Lintang opsyen pra sekolah telah memulakan latihan pratikumnya dari bulan februari 2010 di Pra Sekolah SK Gita 2. Sepanjang tempoh latihan, pelbagai jasa dan bakti telah dicurahkan kepada SK Gita 2 terutamanya di Pra Sekolah SK Gita 2. Ucapan terima kasih penghargaan diucapkan kerana telah menyumbang jasa dan bakti sepanjang berada di SK Gita 2. Semoga cikgu lebih maju jaya dan cemerlang lagi di masa hadapan.