Thursday, October 14, 2010

YOUNG RESEARCHER CAMP


13 OKT - Baru-baru ini satu lagi program Pasca UPSR 2010 telah berlangsung di SKG2. Program yang diberi dnama Young Researcher Camp. Program anjuran Panitia Sains ini merupakan program kali yang kedua setelah diadakan pada tahun yang lalu. Ia dikendalikan oleh guru cemerlang Sains, Encik Sadun Mat Nor. Program seperti ini telah dijalankan pada tahun 2009 di 5 buah sekolah di daerah Kuching termasuklah SKG2. Ianya bertujuan melatih murid bekerja dalam kumpulan, mengaplikasikan pengetahuan Sains, mematuhi arahan dan memantapkan disiplin diri. Aktiviti bermula dengan ice breaking, Balloon Buggies dan Rollers kit. Sepanjang program, ketua fasilitator, Cikgu Sadun Matnor telah memberikan arahan dengan jelas dan menekankan aspek disiplin. Keseronokan dan keceriaan diwajah peserta pada akhir program ini menjadi peransang kepada Jawatankuasa Young Researcher Camp untuk mengadakan aktiviti seperti ini kepada murid tahun 3, 4 dan 5 pada masa yang akan datang.

Thursday, October 7, 2010

PROGRAM CITRA WARISAN


6 OKT - Satu program telah berlangsung di SKG2 baru-baru ini. Program yang diberi nama Program Citra Warisan merupakan program pertama pasca UPSR SK Gita NO. 2. Program ini merupakan program anjuran bersama dengan Kraftangan Malaysia Cawangan Kuching. Seramai 10 orang pegawai Kraftangan Malaysia hadir di SK Gita No. 2 sebagai fasilitator kepada peserta Program Citra Warisan yang terdiri daripada murid tahun 6 SK Gita No. 2. Antara pengisian yang disajikan dalam program tersebut ialah anyaman buluh, membentuk ceramik, menyusun manik dan mencanting batik. Program yang bermula dari pukul 8.30 pagi ini telah berakhir pada pukul 3.30 petang dengan majlis penyampaian cenderahati kepada fasilitator dan peserta terbaik Program Citra Warisan. Lima orang peserta bengkel telah terpilih menerima hadiah. Peserta terbaik anyaman rotan, adik Affendi Tan. Peserta seramik, Mohd Aslam Zuhairi. Manakala sulaman manik adik Efa Natasha, batik tulis pula adik Mohd Arif dan anyaman buluh pula max cavalera. Penyampaian cenderahati kepada fasilitator dari Kraftangan Malaysia telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Gita No. 2, Encik Abdul Latip Bin Bujang. Manakala hadiah peserta terbaik pula disempurnakan oleh Puan Catherine Fiziah Abdullah wakil pegawai PPD Kuching. Ucapan terima kasih diucapkan kepada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Wakil pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kuching, Puan Catherine Fiziah Abdullah serta ahli jawatankuasa pelaksana Program Citra Warisan kerana menjayakan program ini. Semoga Program Citra Warisan ini dapat dianjurkan lagi pada
tahun yang mendatang.

Wednesday, September 22, 2010

UPSR


22 SEPT - Hari ini merupakan hari yang kedua calon-calon SKG2 menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sejak UPSR bermula semalam. Seawal 6.40 pagi lagi, calon-calon UPSR hadir ke sekolah untuk persediaan memasuki UPSR. Mata pelajaran yang diuji hari ini ialah matematik kertas 1. Sebelum memasuki dewan peperiksaan, calon-calon diberikan tips-tips dan berdoa. SKG2 mengucapkan selamat berjaya dan semoga diberikan kesihatan yang sempurna sepanjang UPSR.

Monday, September 6, 2010

Program Semurni Ramadhan 2010



3 September - Warga SK Gita 2 telah mengadakan program semurni ramadhan sebagai acara penutupan aktiviti ihya ramadhan. Program ini merupakan program tahunan sekolah dalam usaha menyemarakan sambutan penghayatan ramadhan al mubarak. Sebagai pengisian program beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang bulan ramadhan di sekolah antaranya ialah;
a) Kutipan Amal Ramadhan
b) Tadarus Al Quran
c) Tazkirah Waktu Rehat
d) Tayangan Pembelajaran
e) Penyerahan Fidyah dan sedekah
f) Solat Hajat Perdana Tahun 6
g) Penyampaian Zakat Bank Rakyat

Sebagai kemuncak program, sambutan semurni ramadhan dianjurkan dengan kerjasama Jawatankuasa Penghayatan Islam dan PIBG sekolah. Pihak sekolah turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang dan merealisasikan majlis kali ini terutama sekali kepada Pengurus cawangan Bank Rakyat Kulas, Imam Masjid Al Taqwa Ustaz Hashiman, para ibu bapa dan guru-guru SK Gita 2.

Solat Hajat Perdana Tahun 6




3 September - Jawatankuasa Penghayatan Islam SK Gita No.2 telah mengadakan majlis solat hajat perdana Tahun 6 di Ruang Legar Akasia. Tujuan solat hajat diadakan adalah untuk memohon keberkatan daripada Allah S.W.T agar semua 89 orang pelajar yang akan menduduki UPSR pada 21-23 September ini akan mudah mengingati dan menyampaikan isi fikiran dengan lebih sempurna dan berkeyakinan. Insya Allah.

Para ibu bapa dan guru-guru telah turut serta dalam solat hajat kali ini. Pihak sekolah dengan besar hati sekali lagi mengundang Imam Masjid Al Taqwa Kpg Pinang Jawa Al Ustaz Hashiman untuk mengimam solat hajat dan seterusnya mengetuai baca yassin.

Adalah diharapkan setiap pelajar yang akan menduduki UPSR kali ini akan sentiasa mengulangkaji pelajaran semasa menyambut ketibaan Syawal dan melengkapkan diri dengan ilmu yang telah dititip oleh para guru di SK Gita No.2. Harapan sekolah agar semua pelajar akan beroleh kejayaan yang cemerlang pada peperiksaan UPSR nanti.