Saturday, September 15, 2012

PENYERTAAN PERTANDINGAN F1 JUNIOR

14 September - SK Gita No.2 telah menghantar 3 pasukan yang terdiri dalam kalangan pelajar tahun 5 untuk menyertai pertandingan F1 Junior bertempat di Water Front Kuching. Pertandingan ini dijalankan dengan kerjasama antara MOSTI dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelbagai aktiviti dijalakan sepanjang program ini. Penyertaan ini hanyalah sebagai pendedahan kepada pelajar tahun 5 ke arah melahirakan pelumba F1 suatu hari nanti. Meskipun tidak mendapat keputusan yang terbaik, ketiga-tiga pasukan ini berjaya menyiapkan pemasangan Kereta F1 ini dalam masa yang ditetapkan. Tahniah diucapkan kepada semua perserta termasuk Guru yang terlibat iaitu Cikgu Keron Mat,Cikgu Haslan Badong, Cikgu Sarip Bawi dan Cikgu Sadun Matnor.

Sunday, September 2, 2012

PROGRAM CITRA BESTARI -SAINS UPSR

1 Sept 2012 - Satu Program Citra Bestari untuk mata pelajaran Sains UPSR telah diadakan di bilik seminar Yayasan Sarawak, Jalan Santubong Kuching. Seramai 60 pelajar yang terpilih telah menghadiri program ini bersama 3 orang Guru Sains iaitu Cikgu sadun Matnor, Cikgu Hjh Rozita dan Cikgu Halimah Abdullah telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program ini dengan jayanya. Cikgu Abdul Malek selaku Guru Bimbingan dan Kaunseling juga terlibat sebagai pihak urusetia. Penceramah jemputan untuk program ini ialah Cikgu Ettin ak Lambat ,Guru Cemerlang Sains dari SK Tabuan Jaya. Kehadiran beliau juga sebagai mengenang budi yang telah diberikan oleh Cikgu sadun Matnor,Guru Cemerlang sains yang telah memberi ceramah motivasi kepada pelajar SK Tabuan Jaya pada bulan Julai yang lalu. Banyak juga input yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan. Selepas penceramah jemputan menyampaikan ceramah, Cikgu sadun telah menyambung aktiviti dengan "Revisi Ekspress" sebagai latihan Pecutan Akhir UPSR untuk mata pelajaran Sains.Belua juga menggunakan MODUL BANTU LULUS Sains sebagai bahan latih tubi.
Aktiviti ini tamat pada jam 12.30 tengahari. Segala kos untuk mengelolakan aktiviti ini adalah sumbangan PIBG sekolah. Harapan dan doa dari kami yang telah menjayakan program ini ialah, semoga segala ilmu yang dicurahkan dapat digunakan semasa menjawab soalan UPSR nanti dan berharap usaha murni seperti ini akan dapat diteruskan dengan semangat yang lebih jitu.

Thursday, August 16, 2012

PROGRAM SEMURNI RAMADAN 2012

Satu Program yang menekankan ibadah dan mendidik jiwa agar sentiasa bersyukur dengan apa yang ada serta tidak melupakan insan lain yang kurang bernasib baik. Para pelajar, Guru da Ibubapa telah sama-sama menyumbang untuk tabung Semurni Ramadhan yang akan diserahkan kepada pelajar yang kurang bernasib baik agar sama - sama dapat merasakan nikmat berhari raya. Sikap prihatin dan suka bersedekah telah menjadi amalan semua warga SK Gita 2 sejak program ini dijalankan pada tahun 2009. Dalam ucapa penutupan prgoram ini, Guru Besar, En Abdul Latip Hj Bujang mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga SK Gita No.2 serta pihak luar yang telah sama-sama menyumbang untuk aktiviti ini. Beliau begitu bangga dengan sikap pelajar yang bermurah hati menghulurkan derma setiap pagi untuk tabung semerni ramadhan. Harapan beliau agar aktiviti ini akan terus berlanjutan untuk tahun mendatang. Kedatangan ibubapa yang sama-sama membantu anak-anak mereka yang mendapat Beras hasil sumbangan orang ramai serta warga sekolah. Majlis ini tamat pada pukul 10 pagi.

Sunday, April 1, 2012

ACTION SONG ZON B KUCHING







22 Mac - SK Gita 2, telah dipilih untuk menganjurkan Action Song Antara Sekolah Zon B Kuching. Kehadiran para peserta dan guru sejak awal pagi telah memeriahkan lagi pertandingan tersebut. Pelbagai aksi,telatah, kreativiti dan suara dapat kita saksikan sepanjang sesi pertandingan persembahan dijalankan. Adat bertanding, ada yang kalah dan ada yang menang. Kualiti persembahan juga boleh dibanggakab kerana semua peserta telah menunjukkan semangat yang begitu jitu untuk berjaya. SK Gita no.2 telah berjaya mendapat tempat ke tiga,Naib Johan disandang oleh SK RPR Jln Astana dan Juara adalah SJK Chung Hua Bintawa.Syabas dan tahniah kepada semua AJK Pengelola dan semua pihak yang terlibat.

CERIATON SK GITA 2 KUMPUL RM28,000






Sabtu 31 Mac - Warga SK Gita 2 telah berjaya mengumpul dana PIBG melalui Program Ceriaton sejumlah RM28,000 dalam tempoh sebulan. Program selama sebulan ini mendapat kerjasama daripa semua murid, guru-guru dan ibu bapa. Tujuan kutipan adalah untuk tabung PIBG dan program pembangunan dalam usaha membantu sekolah menyediakan infastruktur yang diperlukan. Antaranya bagi pembinaan atap berbumbung pejalan kaki murid, keceriaan sekolah dan menara Jam sesuai dengan konsep 'Sekolah Tanpa Loceng.'

Antara aktiviti dijalankan sepanjang sebulan Program Ceriaton ialah pertandingan keceriaan kelas tahap 1 dan tahap 2, pertandingan mencanting batik murid Tahun 4 dan 5,pertandingan mewarna untuk pra sekolah, pertandingan kuih tradisional dan gubahan bunga dikalangan ibu bapa.

Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj Fadillah Yusop Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia. Beliau turut menyalurkan gran persekutuan sebanyak RM3,000 kepada PIBG sekolah. Pada majlis yang sama,Akmal Fakrullah Khamidi 11, diumum sebagai pemenang Kutipan Terbanyak kerana berjaya membuat kutipan individu berjumlah RM1,000 dan menerima hadiah berbentuk sebuah basikal 'Fixie'. Program telah diakhiri dengan cabutan bertuah dan persembahan 'Karaoke Ceria' daripada ibu bapa dan guru-guru.