Friday, July 16, 2010

MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 1431H


16 JULAI - Satu Majlis Sambutan Israk Mikraj telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Gita No. 2 hari ini. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Ustazah Azmazura. Penceramah jemputan pada kali ini adalah Ustaz Syurei bin Tamam.


Sebelum itu, majlis tersebut diserikan dengan nasyid Asma'ul Husna yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Izzuddin. Kemudian diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh adik Mohd Hafizuddin bin Abu Zaid dan diserikan lagi dengan persembahan nasyid oleh murid-murid tahun 4.

Majlis yang bermula seawal 7.00 pagi berakhir pada 8.30 pagi. SK Gita No. 2 mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Syurei bin Tamam kerana sudi menerima jemputan SK Gita No. 2. Tidak dilupakan juga kepada Ahlijawatankuasa kerja Majlis Sambutan Israk Mikraj 1431H ini. Mudah-mudahan dengan usaha dari pihak tuan-tuan sekali mencambahkan lagi ilmu agama dalam diri murid-murid SK Gita 2 seterusnya menjadi insan yang beriman dan beramal soleh.

1 comment:

  1. Assalamulaika Ya Rasulullah.... Selawat serta salam buat mu wahai Pesuruh Allah. Kami yakin kepada mu wahai (Al-Amin) yang bercakap benar

    ReplyDelete