Thursday, July 8, 2010

PELANCARAN BULAN AKTIF PEN. JASMANI KESIHATAN & MUZIK

5 JULAI - Satu pelancaran Bulan Aktif Panitia Pendidikan Jasmani Kesihatan dan Panitia Pendidikan Muzik telah dilancarkan di SK Gita No. 2 hari ini. Pelancaran itu telah dilancarkan oleh Guru Besar SK Gita 2, Encik Abdul Latip bin Bujang. Bersempena dengan pelancaran satu persembahan tayangan ditelah ditayangkan kepada murid-murid mengenai Pendidikan Jasmani Kesihatan.

"Saya amat berharap bulan aktif panitia ini dapat membuat persembahan yang menarik dan memberikan info yang berguna kepada murid-murid" kata Ketua Panitia Pendidikan Jasmani Kesihatan, Encik Keron bin Mat ketika Majlis Pelancaran tersebut.

Bulan aktif Panitia Pendidikan Jasmani Kesihatan akan menjalankan aktivitinya sepanjang 2 minggu ini dan diteruskan 2 minggu seterusnya dengan aktiviti dari Panitia Pendidikan Muzik.

2 comments:

  1. Buat murid-murid SKG2 buatlah persembahanan terbaik untuk Pendidikan Jasmani Kesihatan. "MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA".

    ReplyDelete
  2. Cikgu Keron Mat (Ketua Panitia PJK)July 8, 2010 at 10:45 AM

    Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Guru Besar SK Gita 2 Encik Abdul Latip kerana telah melancarkan Bulan Aktif Panitia Pendidikan Jasmani Kesihatan. Buat guru yang mengajar Pendidikan Jasmani Kesihatan, tingkatkan lagi mutu Pendidikan Jasmani Kesihatan ke tahap yang lebih cemerlang.

    ReplyDelete