Monday, July 5, 2010

SAMBUTAN IBUBAPA MEMBERANGSANGKAN



2 JULAI - Sekolah Kebangsaan Gita No. 2 telah mengadakan hari pelaporan untuk peperiksaan penggal pertama yang berlangsung pada 20 hingga 27 Mei yang lalu.Sambutan yang diberikan oleh Ibubapa dan penjaga amatlah memberangsangkan. Ini membuktikan bahawa Ibubapa yang hadir amat menitik beratkan pelajaran anak-anak mereka. Hari pelaporan ini amat penting dalam mempertingkatkan tahap pencapaian murid-murid bukan sahaja diukur dengan peperiksaan malah dilihat dari segi mendalami lagi masalah-masalah psikologi murid-murid ketika berada di rumah. Dengan ini guru-guru lebih memahami dengan mendalam perangai, minat dan tabiat murid-murid mereka. Ibubapa juga boleh mengetahui bagaimana anak-anak mereka ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung daripada guru-guru. Kesefahaman, pengkongsian inilah yang amat penting dalam mempertingkatkan prestasi serta membentuk modal insan kelas pertama yang dicita-citakan oleh semua pihak. Selain daripada itu hari pelaporan ini juga dapat membuang prasangka-prasangka buruk antara ibubapa dengan guru melalui perbincangan secara individu mengenai anak-anak mereka. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibubapa penjaga kerana sudi meluangkan masa mereka untuk hadir ke sekolah.

2 comments:

  1. Saya ucapkan terima kasih kepada ibubapa penjaga yang telah hadir ke sekolah untuk mengambil pelaporan anak-anak masing-masing.

    ReplyDelete
  2. Sambutan hari pelaporan amat mengalakan, saya mengucapkan terima kasih kepada ibubapa penjaga kerana sudi hadir ke sekolah.

    ReplyDelete