Tuesday, October 19, 2010

LAWATAN KE BAITULMAL


18 OKT - Satu lawatan ke Baitulmal telah diadakan untuk murid tahun 6 bersempena dengan Program Pasca UPSR 2010. Seramai 20 orang murid dan 2 orang guru pengiring telah mengikuti lawatan tersebut. Antara pengisian lawatan tersebut, ceramah sejarah dan fungsi Baitulmal yang disampaikan oleh Tuan Haji Imran pegawai Baitulmal Sarawak.Melalui ceramah tersebut, Tuan Haji Imran menekankan kepada murid-murid mengenai sejarah dan fungsi yangdisampakannya. Pihak sekolah SKG2 mengucapkan terima kasih kepada pihak Baitulmal Sarawak kerana sudi menerima kunjungan murid tahun 6 SKG2. Semoga pihak Baitulmal dapat memberi peluang lagi kepada SKG2 untuk

berkunjung ke sana.

Sunday, October 17, 2010

KEM BESTARI SOLAT



16 OKT - Kem bestari solat telah berlangsung di SKG2 baru-baru ini. Kem bestari solat (KBS) kali ini diadakan untuk tahun 5 dan 6. Seramai 63 peserta yang terdiri dari tahun 5 dan 6 mengikuti KBS kali ini. Kem bestari solat ini merupakan kem yang terakhir tahun ini. Kem yang bermula seawal jam 8.30 pagi berakhir setelah selesai solat zohor berjemaah jam 1.00 tengahari. Kem bestari solat merupakan salah satu program J-QAF yang telah diperkenalkan oleh bekas perdana menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk memperkasakan lagi Pendidikan Islam di sekolah-sekolah rendah. Pihak sekolah SKG2 mengucapkan terima kasih kepada ibubapa yang sudi menghantar anak-anak untuk mengikuti KBS kali ini. Mudah-mudahan apa yang dipelajari ini membentuk sahsiah soleh didalam diri anak-anak.

Friday, October 15, 2010

CERAMAH KEMPEN CEGAH JENAYAH AWAL REMAJA

14 OKT - Baru-baru ini satu Ceramah Kempen Cegah Jenayah Awal Remaja telah diadakan di SKG2. Ceramah ini diadakan sempena dengan program Pasca UPSR 2010. 3 orang pegawai polis dari IPD Kuching di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah datang ke SKG2 untuk menyempurnakan program ini. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Encik Simon Low Kok Hua Sub Detektif.

"Kempen ini amat bermakna buat murid tahun 6 (Pasca UPSR) menimba ilmu dan memberi kesedaran terhadap gejala-gejala yang terjadi masakini terhadap golongan remaja"Jelas Penyelaras Program Ceramah Kempen Cegah Jenayah Awal Remaja, Encik Abdul Malik bin Wahab.

"Pihak sekolah mengadakan Program sebegini bersesuaian dengan 10 konsep sekolah kebangsaan gita no.2 iaitu sekolah selamat" tegas Guru besar, Encik Abdul Latip Bin Bujang ketika ditemui di bilik mesyuarat kecil SKG2.

Murid-murid didedahkan dengan jenayah-jenayah yang dilakukan oleh remaja seperti pergaduhan, mencabul kehormatan, penagihan dadah dan sebagainya. Ia merupakan satu pengalaman baru kepada murid-murid tahun 6 yang sebelum ini tidak mengetahui ianya suatu jenayah. Ceramah yang bermula jam 10 berakhir pada 11.30 pagi. SKG2 mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Simon dan juga IPD Kuching kerana sudi meluangkan masa untuk turun menyampaikan ceramah kepada murid-murid tahun 6 SKG2.

Thursday, October 14, 2010

CERAMAH ANTIDADAH



8 OKT - Satu ceramah anti dadah telah diadakan di SKG2. Ceramah anti dadah ini telah disampaikan oleh Encik Jemari Bin Putit pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuching. Disamping ceramah satu pameran diadakan di Laman Akasia SKG2 kepada murid-murid SKG2. SKG2 mengucapkan ribuan terima kasih kepada AADK Kuching kerana sudi menyampaikan ceramah antidadah kepada murid-murid SKG2. Mudah-mudahan Malaysia bebas dari najis dadah.

YOUNG RESEARCHER CAMP


13 OKT - Baru-baru ini satu lagi program Pasca UPSR 2010 telah berlangsung di SKG2. Program yang diberi dnama Young Researcher Camp. Program anjuran Panitia Sains ini merupakan program kali yang kedua setelah diadakan pada tahun yang lalu. Ia dikendalikan oleh guru cemerlang Sains, Encik Sadun Mat Nor. Program seperti ini telah dijalankan pada tahun 2009 di 5 buah sekolah di daerah Kuching termasuklah SKG2. Ianya bertujuan melatih murid bekerja dalam kumpulan, mengaplikasikan pengetahuan Sains, mematuhi arahan dan memantapkan disiplin diri. Aktiviti bermula dengan ice breaking, Balloon Buggies dan Rollers kit. Sepanjang program, ketua fasilitator, Cikgu Sadun Matnor telah memberikan arahan dengan jelas dan menekankan aspek disiplin. Keseronokan dan keceriaan diwajah peserta pada akhir program ini menjadi peransang kepada Jawatankuasa Young Researcher Camp untuk mengadakan aktiviti seperti ini kepada murid tahun 3, 4 dan 5 pada masa yang akan datang.

Thursday, October 7, 2010

PROGRAM CITRA WARISAN


6 OKT - Satu program telah berlangsung di SKG2 baru-baru ini. Program yang diberi nama Program Citra Warisan merupakan program pertama pasca UPSR SK Gita NO. 2. Program ini merupakan program anjuran bersama dengan Kraftangan Malaysia Cawangan Kuching. Seramai 10 orang pegawai Kraftangan Malaysia hadir di SK Gita No. 2 sebagai fasilitator kepada peserta Program Citra Warisan yang terdiri daripada murid tahun 6 SK Gita No. 2. Antara pengisian yang disajikan dalam program tersebut ialah anyaman buluh, membentuk ceramik, menyusun manik dan mencanting batik. Program yang bermula dari pukul 8.30 pagi ini telah berakhir pada pukul 3.30 petang dengan majlis penyampaian cenderahati kepada fasilitator dan peserta terbaik Program Citra Warisan. Lima orang peserta bengkel telah terpilih menerima hadiah. Peserta terbaik anyaman rotan, adik Affendi Tan. Peserta seramik, Mohd Aslam Zuhairi. Manakala sulaman manik adik Efa Natasha, batik tulis pula adik Mohd Arif dan anyaman buluh pula max cavalera. Penyampaian cenderahati kepada fasilitator dari Kraftangan Malaysia telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Gita No. 2, Encik Abdul Latip Bin Bujang. Manakala hadiah peserta terbaik pula disempurnakan oleh Puan Catherine Fiziah Abdullah wakil pegawai PPD Kuching. Ucapan terima kasih diucapkan kepada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Wakil pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kuching, Puan Catherine Fiziah Abdullah serta ahli jawatankuasa pelaksana Program Citra Warisan kerana menjayakan program ini. Semoga Program Citra Warisan ini dapat dianjurkan lagi pada
tahun yang mendatang.