Wednesday, February 23, 2011

Program SEKOLAHKU HEBAT , Astro Ceria





Rabu,23 Feb 2011 - Pihak Astro telah mengadakan pengambaran program SEKOLAHKU HEBAT di SK Gita No 2 pada pagi ini tadi. Program ini akan ditayangkan melalui Astro Ceria saluran 611 pada awal bulan April. SK Gita No.2 telah menonjolkan kehebatan sekolah melalui 10 Konsep Sekolah. Moderator yang dipilih ialah adik Adibah Aisyah bt Ruslan dari kelas Allamanda 6 dibawah bimbingan guru penyelaras program iaitu Cikgu Sadun Matnor dan Cikgu Haslan Badong. Semua warga SK Gita No.2 berasa sangat bertuah kerana dipilih untuk menyertai program ini. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang pengambaran program ini. Aktiviti dimulakan dengan sambutan Tarian Selamat Datang, Persembahan Choral Speaking, aktiviti Senaman Kecergasan termasuk Poco Poco yang menggambarkan konsep sekolah sejahtera. dan sekolah berbudaya. Seterusnya aktiviti meraikan guru dan murid-murid yang menyambut hari lahir pada bulan Februari juga diadakan. Cenderahati disumbangkan oleh Bank Rakyat cawangan Kuching. Pihak Bank Rakyat juga menyerahkan Papan Tanda "Count Down UPSR" kepada pihak sekolah. Ini adalah dibawah konsep sekolah Penyayang. Sumbangan minuman Vitagen juga telah menyemarakan lagi suasana pada pagi tersebut. Host yang mengendalikan program ini ialah Neelofa Mohd Noor Juara Dewi Remaja 2010.Ucapan Penutupan Guru Besar, En.Abdul Latip Hj Bujang merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Astro kerana telah memilih SK Gita No 2 untuk pengambaran program Sekolahku Hebat kali ini.

No comments:

Post a Comment