Saturday, February 19, 2011

RANDAU BERSAMA YB DATUK HJ DAUD ABD RAHMAN



18 Februari - Rombongan PIBG dan guru-guru SK Gita No.2 telah berkesempatan berjemaah dan beramah mesra dengan YB Datuk Hj Daud b Abdul Rahman di kediamannya pada malam jumaat lepas. Seramai 25 orang guru dan exco PIBG hadir bersama-sama Yang Dipertua dan Guru Besar SK Gita No.2. Majlis dimulakan dengan solat berjemaah maghrib, bacaan yassin dan tasqirah oleh ustaz jemputan. Selepas solat isyak rombongan sama-sama menikmati jamuan makan malam.

Sesi randau bersama YB diadakan selepas makan malam dan banyak perkara telah dibincangkan untuk membantu pihak PIBG menjayakan program bersama sekolah dan YB termasuk pengisian program akademik sekolah, program pembangunan keibubapaan, kemudahan sekolah dan aktiviti penghayatan islam. Bagi pihak sekolah dan PIBG ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Hj Daud b Abdul Rahman kerana sudi menjemput dan meluangkan masa bersama-sama rombongan SK Gita No.2.

No comments:

Post a Comment