Sunday, May 22, 2011

Malam Berambeh (Jamuan Hari Guru 2011)




21 Mei - Riverside Majestic Kuching, Malam Berambeh sempena sambutan Hari Guru 2011 diadakan bagi tujuan meraikan para guru SK Gita 2 serta kakitangan Sokongan. Kehadiran guru serta beberapa tetamu jemputan khas seperti Pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah,Kuching, Pegawai Konsulat Indonesia serta Pengurus Bank Rakyat dan Pengurus kantin sekolah telah menyerikan lagi sambutan hari guru tahun ini. Pengacara Maljis, Cikgu Sadun Matnor,sekali lagi menggamatkan suasana dengan menyelitkan unsur kecindan serta interaksi spontan dengan hadirin.Dalam ucapan alu-aluan, Guru Besar,En.Abdul Latip Hj Bujang telah mengucapkan terima kasih atas kehadiran Bapak Tarmin dari Konsulat Indonesia serta rombongan kerana sudi bersama-sama warga SK Gita 2, menyambut hari guru.Beliau juga berharap agar jalinan kerjasama antara warga sekolah,khasnya guru dengan pihak luar akan sentiasa mesra agar rasa saling menghormati menjadi amalan. Beberapa acara seperti Cabutan Nombor Bertuah dan Nyanyian Karaoke juga dijalankan.Ramai guru yang sememangnya berbakat besar dalam bidang nyanyian juga menyumbangkan suara pada malam itu. Penyanyi dari rombongan Indonesia juga sempat menyumbangkan sebuah lagu yang telah memukau para hadirin. Suasana yang ceria dan meriah jelas tergambar di wajah para guru setelah selesainya majlis pada malam itu.Busana yang pelbagai warna telah menyerlahkan keayuan para guru.Hamper yang dibawa balik akan sentiasa menjadi kenangan sambutan hari Guru ke 3 sk Gita 2 serta untuk anak-anak dan suami/isteri yang setia menanti di rumah.
Sambutan Hari Guru peringkat sekolah akan diadakan pada minggu hadapan bersama pelajar dan warga sekolah.KFC sebagai penyeri majlis sudah pasti akan menghiburkan serta sebagai juadah para Guru dan pelajar.Begitulah SK GITA 2 yang sentiasa dikunjungi agensi dari luar termasuk pihak ASTRO Ceria.

No comments:

Post a Comment