Sunday, May 15, 2011

Mesyuarat Agung PIBG Kali Kedua




Sabtu - 14 Mei - Mesyuarat Agung PIBG Kali Kedua telah dijalankan di SK Gita No.2 bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada 12.00 tengah hari.Sambutan para Ibubapa amat menggalakkan berdasarkan pada kehadiran mereka. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa dibawah pimpinan Ustaz Abdul Rahim. Ucapan Guru Besar SK Gita No.2, Encik Abdul Latip Hj Bujang menyusul kemudian. Beliau amat berpuas hati dengan kehadiran para Ibu bapa dan kerjasama antara Guru dan AJK PIBG dalam menjayakan mesyuarat tersebut. Ucapan beliau juga menyentuh tentang beberapa isu pendidikan yang menuntut komitmen semua pihak termasuk ibu bapa bersama pihak sekolah untuk menjadikan SK Gita No.2 sebagai sebuah sekolah yang mampu melahirkan pelajar yang berilmu dan bersahsiah tinggi selaras dengan dasar kementerian pelajaran. Ucapan Yang Dipertua PIBG banyak menyentuh tentang peranan yang boleh dimainkan oleh para Ibu bapa untuk menjayakan beberapa perancangan PIBG agar dapat dilaksanakan dengan jayanya.Beliau juga mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada para guru yang akan menyambut Hari Guru pada 16 Mei 2011.
Beberapa usul juga dikemukakan termasuklah berkaitan isu pendidikan,keselamatan dan kesihatan.Suasana yang harmonis dalam kalangan para hadirin semasa mengemukakan beberapa usul adalah petanda baik dalam merealisasikan keberkesanan PIBG untuk bersama-sama memajukan sesebuah sekolah.

No comments:

Post a Comment