27 Dis - Mesyuarat Staff Pertama Sesi Persekolahan 2012 dijalankan dengan lebih bermakna apabila Pegawai Pelajaran Daerah Kuching, Hjh Maimunah Hj Bujang sudi hadir untuk merasmikan mesyuarat kali ini. Kehadiran beliau amat dialu-alukan oleh semua warga SK Gita No.2 kerana banyak input dan perkongsian yang bermakna telah disampaikan semasa mesyuarat tersebut. Konsep "Team Work" dalam sesebuah organisasi seperti sekolah amat penting agar semua perancangan dapat dilaksana dengan berkesan dengan menerapkan semangat berpasukan.Tanpa kerjasama dari semua pihak,mana mungkin sesuatu kejayaan akan dapat dicapai. Bekerja dengan mempunyai niat kerana Allah s.w.t,adalah lebih baik kerana setiap amanah yang telah diberikan akan dilaksanakan tanpa memikirkan balasan atau ganjaran.Beliau juga berharap agar semua warga SK Gita no.2 mengikis sikap yang terlalu mementingkan diri sendiri atau hanya melaksanakan sesuatu kerja andai ianya memberi keselesaan atau impak untuk diri sendiri sahaja.Beliau juga menerangkan tentang slogan "Menjulang Sarawak" yang akan menumpukan kepada pencapaian UPSR tahun 2012.Komitmen para guru amat diperlukan untuk mencapai slogan ini.Beliau percaya dengan pengalaman,kepimpinan yang jitu serta prasarana sekolah yang lengkap,tidak sukar untuk SK Gita No.2 untuk mencapai status sekolah yang disegani suatu hari nanti.Apa yang penting ialah semua warga SK Gita No.2 perlu bersatu dalam melaksanakan program Kementerian Pelajarandan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.Beberapa teguran yang ikhlas dari PPD diharap akan dapat dijadikan panduan dan pedoman untuk semua warga SK Gita No.2 untuk berkhidmat dengan lebih gigih.Sebelum beredar meninggalkan SK Gita No.2, beliau telah bersama Guru Besar,En.Abdul Latip Hj Bujang dan beberapa pentadbir sekolah menikmati jamuan teh.Mesyuarat telah tamat pada pukul 4.30 petang.Mesyuarat Kurikulum,HEM dan KoKurikulum diadakan pada 28.12.2012.
Thursday, December 29, 2011
Mesyuarat Pertama Sesi Persekolahan 2012

Saturday, October 22, 2011
Hari Sukan 2011
20 Okt - Sekali lagi SK Gita No.2,telah berjaya mengelolakan Hari Sukan.Kejohanan ini mempertandingkan 57 acara melibatkan empat buah rumah sukan,Rumah Helang,Rumah Rajawali,Rumah Cenderawasih dan Rumah Kenyalang. Sekali lagi Rumah Kenyalang telah berjaya menjadi johan,N.Johan pula disandang oleh Rumah Cenderawasih dan Ketiga dikongsi antara Rumah Rajawali dan Rumah Helang.Kehadiran Ibubapa,pihak Rela dan Ketua Kaum Kpg Gita telah menyerikan lagi Kejohanan Sukan pada tahun ini.Pelbagai aksi dan gelagat pelajar tahap 1 dapat diperhatikan semasa aktiviti dijalankan. Semangat juang para pelajar dan Guru Rumah masing-masing telah menjadikan sukan ini sebagai medan untuk mengeratkan silaturahim di kalangan warga sekolah. Provokasi yang sering dibuat oleh juruacara yang bertugas menyemarakkan lagi suasana dan semangat bersaing dalam kalangan peserta.Kejohanan sukan pada tahun ini tamat pada pukul 4.00 petang.
Wednesday, October 12, 2011
Program Pasca UPSR (Minggu Pertama)
3 Oktober - Program Pasca UPSR bagi pelajar tahun 6 yang telah tamat menduduki UPSR telah membuka tirai dengan kelolaan pertama daripada Panitia Sains. Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh Guru Sains Tahun 6, antaranya ialah Tayangan Video "Fun With Science" Word Search,Young Researcher Camp, Pertandingan Buku Skrap dan Citra Warisan.
Aktiviti yang dirancang banyak melibatkan aktiviti luar bilik darjah (hands-on).Pelajar-pelajar menjalankan aktiviti dalam kumpulan kecil agar sikap kerjasama dan kemahiran sosial dapat dimantapkan.Penglibatan pihak luar seperti Perbadanan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak telah memeriahkan lagi program.Penyertaan pelajar dan guru dari beberapa sekolah sebagai peserta jemputan telah memeriahkan lagi suasana program.Banyak pengalaman dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar sepanjang program Pasca UPSR ini dijalankan.Aktiviti Young Researcher Camp yang telah dijalankan untuk tahun ke tiga sangat digemari oleh pelajar. Bahan yang digunakan merupakan bahan yang dibekalkan oleh JPN Sarawak.Fasilatator yang mengendalikan aktiviti ini iaitu Cikgu Sadun Matnor merupakan seorang Guru Cemerlang sains dan Fasilatator Kem/karnival Sains peringkat Negeri Sarawak.Program untuk minggu pertama melabuhkan tirai pada hari jumaat (7.10.2011) dengan aktiviti Pertandingan Buku Skrap.Harapan dan doa dari Panitia Sains ialah mudah-mudahan aktiviti ini akan terus suksess pada masa hadapan.Minggu ke dua melibatkan Panitia Bahasa Inggeris.
Monday, October 10, 2011
Jom Berambeh "Sehari Di SK Gita 2"
1 Okt(sabtu) - SK Gita 2 telah menjadi medan pelbagai aktiviti yang melibatkan penyertaan pelajar,Ibubapa,Guru serta warga Jabatan Kesihatan.Pelbagai aktivti telah dijalankan sepanjang hari tersebut.
Antara acara yang berlangsung ialah Program Perkhemahan Unit Beruniform,Program Penyaringan dan Taklimat mengenai Murid Berkeperluan Khas dan Bengkel Penutur Jati Bahasa Inggeris.
Program Perkhemahan merupakan aktiviti tahunan unit beruniform yang melibatkan pelajar tahun 4,5 dan 6.Pelbagai aktiviti dijlankan sepanjang program perkhemahan ini dijalankan.Penglibatan jurulatih kawad dari SMK Semerah Padi telah menyerikan lagi aktiviti ini.Kepenatan bermalam disekolah pada malam sebelumnya tidak terasa oleh pelajar kerana teruja dengan aktiviti yang ditunggu-tunggu ini.
Program Penyaringan dan Taklimat Mengenai Murid Berkeperluan Khas oleh Doktor dari Jabatan Kesihatan telah melibatkan pelajar dari beberapa buah sekolah Rendah dan Menengah di sekitar Kuching.Sambutan yang amat menggalakkan dari ibubapa merupakan petunjuk yang amat baik tentang keperihatinan ibubapa terhadap masalah anak mereka.Guru Besar SK Gita 2,En.Abdul Latip Hj Bujang dalam ucapan aluan amat berterima kasih kepada semua ibubapa dan guru pengiring kerana sudi hadir ke program tersebut.
Bengkel Penyediaan Bahan Bantuan Mengajar yang dijalakan oleh Guru Program Penutur Jati Bahasa Inggeris juga dijalakan serentak dengan bimbingan Miss Patricia Smith.
Keadaan persekitaran sekolah yang agak sibuk dengan pelbagai aktiviti telah memberi kesedaran kepada para pelajar dan warga sekolah tentang pentingnya kerjasama dalam kalangan warga sekolah dengan masyarakat setempat sesuai dengan konsep sekolah penyayang dan sekolah sejahtera.
Tuesday, August 16, 2011
TAMAN KOLAM LESTARI SK GITA NO 2
15 Ogos - Sekolah kita telah mempunyaI sebuah taman kolam lestari yang cantik yang telah disumbangkan oleh hamba Allah dan murid-murid SK Gita No 2. Hasil daripada kutipan larian serentak 1 murid 1 sukan pada 2 Julai lalu membolehkan pihak sekolah membeli sebuah jambatan dan kerusi simen ferro sebagai menceriakan taman kolam. Taman Kolam Lestari bertujuan membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan ciri-ciri keindahan dan mesra alam disamping untuk mewujudkan suasana sekolah yang hijau serta kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
Subscribe to:
Posts (Atom)