Thursday, July 8, 2010

PELANCARAN BULAN AKTIF PEN. JASMANI KESIHATAN & MUZIK

5 JULAI - Satu pelancaran Bulan Aktif Panitia Pendidikan Jasmani Kesihatan dan Panitia Pendidikan Muzik telah dilancarkan di SK Gita No. 2 hari ini. Pelancaran itu telah dilancarkan oleh Guru Besar SK Gita 2, Encik Abdul Latip bin Bujang. Bersempena dengan pelancaran satu persembahan tayangan ditelah ditayangkan kepada murid-murid mengenai Pendidikan Jasmani Kesihatan.

"Saya amat berharap bulan aktif panitia ini dapat membuat persembahan yang menarik dan memberikan info yang berguna kepada murid-murid" kata Ketua Panitia Pendidikan Jasmani Kesihatan, Encik Keron bin Mat ketika Majlis Pelancaran tersebut.

Bulan aktif Panitia Pendidikan Jasmani Kesihatan akan menjalankan aktivitinya sepanjang 2 minggu ini dan diteruskan 2 minggu seterusnya dengan aktiviti dari Panitia Pendidikan Muzik.

Monday, July 5, 2010

SAMBUTAN IBUBAPA MEMBERANGSANGKAN



2 JULAI - Sekolah Kebangsaan Gita No. 2 telah mengadakan hari pelaporan untuk peperiksaan penggal pertama yang berlangsung pada 20 hingga 27 Mei yang lalu.Sambutan yang diberikan oleh Ibubapa dan penjaga amatlah memberangsangkan. Ini membuktikan bahawa Ibubapa yang hadir amat menitik beratkan pelajaran anak-anak mereka. Hari pelaporan ini amat penting dalam mempertingkatkan tahap pencapaian murid-murid bukan sahaja diukur dengan peperiksaan malah dilihat dari segi mendalami lagi masalah-masalah psikologi murid-murid ketika berada di rumah. Dengan ini guru-guru lebih memahami dengan mendalam perangai, minat dan tabiat murid-murid mereka. Ibubapa juga boleh mengetahui bagaimana anak-anak mereka ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung daripada guru-guru. Kesefahaman, pengkongsian inilah yang amat penting dalam mempertingkatkan prestasi serta membentuk modal insan kelas pertama yang dicita-citakan oleh semua pihak. Selain daripada itu hari pelaporan ini juga dapat membuang prasangka-prasangka buruk antara ibubapa dengan guru melalui perbincangan secara individu mengenai anak-anak mereka. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibubapa penjaga kerana sudi meluangkan masa mereka untuk hadir ke sekolah.

Friday, June 11, 2010

Lawatan Penanda Aras Guru Besar Sekolah Angkat P194

Pada 31 Mei 2010 tiga orang Guru Besar dan Penolong Kanan sekolah angkat P194 Petra Jaya telah diberi peluang dan kesempatan oleh YB Tuan Haji Fadillah Yusuf untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke sekolah-sekolah cemerlang di Daerah Ulu Langat, Selangor. Rombongan diketuai oleh Encik Abdul Latip Bin Hj Bujang Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gita No.2. Turut serta dalam lawatan ialah Encik Tukimin bin Selikin (GB.SK Semariang), Encik Awg Muhamad (GB.SK Combined), Puan Hjh Maimunah (PK1 SK Gita 2), Puan Hamdiah Mat (PKHEM SK Gita 2) dan Encik Muhamad (PKKK SK Semariang).

Tujuan lawatan adalah untuk mengeratkan silatulrahim serta jalinan kerjasama dikalangan semua Guru Besar dan Penolong Kanan dalam usaha membentuk budaya kerja yang efektif dan efisyen selaras dengan kehendak NKRA ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Empat buah sekolah yang dilawati ialah SK Ampang Campuran, SK Taman Kosas, SK Saujana Impian, Cheras dan SK Cyber Jaya Sepang. Lawatan ini berfokus kepada pencapaian dan kejayaan sekolah-sekolah ini dalam memenangi Anugerah Kecemerlangan di peringkat Negeri dan Kebangsaan seperti Anugerah 3K, PSS, NILAM dan Anugerah Sekolah Cemerlang.

Di akhir lawatan rombongan telah dibawa melawat ke SK Cyber Jaya, Sepang dan diraiekan makan tengahari oleh Guru Besar Encik Abdul Razak bersama-sama ahli MGB Hulu Langat. Lawatan ini amat berfaedah dan memberi impak kepada stail dan pendekatan pengurusan sekolah yang berkesan dikalangan semua Guru Besar Sekolah angkat P.194. Bagi pihak rombongan kami mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Guru Besar sekolah di lawati serta layanan yang begitu mesra dan profesional sepanjang lawatan penanda aras kali ini. Tidak lupa juga kami mengucapkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Biro 194 dan YB kerana telah sudi menaja lawatan julung kali seperti ini.


Thursday, May 27, 2010

UCAPAN


Assalamualaikum W.B.T, terlebih dahulu saya ucapkan "Selamat bercuti" kepada semua pelajar dan warga SK Gita 2. Saya berharap para pelajar SK Gita 2 dapat menggunakan masa cuti ini dengan sebaik mungkin dan tidak lupa mengulang kaji pelajaran serta menjaga kesihatan dan keselamatan diri. Seterusnya kepada para guru yang akan balik bercuti selamat bercuti dan yang akan merayakan hari gawai saya ucapkan "Selamat Ngintu Gawai Dayak."

- En. Abdul Latip Bin Bujang (Guru Besar SK Gita 2)




Saya ucapkan Selamat Bercuti kepada semua guru-guru, staf dan kakitangan yang akan bercuti. Buat yang akan meraikan hari gawai, "Selamat Menyambut Hari Gawai". Semoga semuanya dapat diraikan dalam suasana seronok. Bagi mereka yang berjalan jauh utamakan keselamatan dan kesihatan. Semoga dapat berjumpa lagi apabila sekolah dibuka nanti. Kepada pelajar-pelajar SK Gita 2 yang akan menghadapi UPSR nanti gunakan masa cuti untuk mengulangkaji pelajaran disamping menjaga keselamatan diri sepanjang cuti. Terima kasih.
- Pn. Hjh Maimunah Bt Hj. Udang (PK 1)




Kepada warga SK Gita 2, terutama guru dan murid-murid yang menyambut Hari Gawai "Selamat Hari Gawai" "Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Dalam Semua Pengawak". Kepada guru-guru yang akan balik ke Semenanjung, diucapkan berhati-hati dalam perjalananan. Setiap tindakan yang diambil hendaklah memikirkannya dengan teliti dan fikirkan kesan akibat tindakan yang kita ambil. Kepada murid-murid SK Gita 2, jagalah keselamatan dan tingkahlaku samada di rumah atau di sekolah. Jangan lupa ulangkaji pelajaran sekolah sepanjang cuti nanti.
- Pn. Hamdiah Bt Mat (PK HEM)

Tuesday, May 18, 2010

HARI GURU MERIAH


17 MEI - Hari ini SK Gita 2 telah mengadakan Perayaan Hari Guru yang keduanya setelah setahun lebih beroperasi sejak januari 2009. Kali ini Perayaan Hari Guru dimeriahkan dengan persembahan murid-murid seperti nyanyian lagu sekolah oleh kumpulan koir sekolah. Ini merupakan persembahan yang kedua oleh koir sekolah, sebelum ini mereka telah mempersembahan persembahan mereka buat pertama kalinya ketika Program Jerayawara DBKU pada sabtu yang lalu. Tidak ketinggalan juga murid-murid dari pendidikan khas sekolah juga turut serta dalam persembahan murid kali ini. Mereka mempersembahkan dikir barat yang berjudul 'anok tupai'. Pada pukul 10 pagi, murid-murid dihiburkan dengan kedatangan chickies dan juga maskot pizza hut. Perayaan hari guru akhirnya berakhir pada pukul 12.30 tengahari dengan persembahan poco-poco oleh chickies dan kawan-kawan.