28 Dis - Satu Kursus Dalaman telah berlangsung di SK Gita 2. Kursus yang bermula seawal pagi tersebut 8.00 pagi diadakan bertujuan untuk memberikan maklumat kepada guru-guru SK Gita 2 mengenai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Guru yang dihantar berkursus KSSR pada bulan November menjadi penyampai pada kursus tersebut. Kursus tersebut berakhir pada 1.00 tengahari dengan sedikit jamuan kepada peserta kursus. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan transformasi kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia yang akan dimulakan pada Januari 2011 mengantikan KBSR. KSSR akan dijalankan pada murid tahun satu 2011.
Wednesday, December 29, 2010
JASAMU DIKENANG
Dis - Seramai 4 orang guru SK Gita 2 akan berpindah. Mereka adalah Cikgu Jemaliah, Cikgu Ardi, Cikgu Nadziah dan Ustaz Mohd Izzuddin. Dua daripada mereka akan berpindah ke Semenanjung dan dua lagi akan berpindah di dalam negeri Sarawak. SK Gita No. 2 mengucapkan terima kasih kepada guru-guru terbabit kerana telah mencurahkan bakti kepada sekolah sepanjang berada di SKG2. Semoga dapat menjalankan tugas dengan baik di sekolah yang baru.
Wednesday, November 24, 2010
TAHNIAH!!!!
24 Okt - Warga SK Gita No 2 ingin mengucapkan tahniah kepada Cikgu Hamdiah bt Mat, Cikgu Halimah Abdullah, Cikgu Madelen Laman, Cikgu Mastura Abdul Majid dan Cikgu Sadun Matnor, di atas Majlis Konvokesyen & Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda baru-baru ini. Kejayaan anda adalah kebangaan kami.
Monday, November 8, 2010
Sukan Tahunan 2010
28 Okt - Program Sukan Sekolah adalah salah satu aktiviti yang telah dirancang oleh unit kokurikulum bagi tujuan mencungkil bakat murid-murid dalam bidang sukan untuk diketengahkan bagi mewakili sekolah dan sebagai medium bagi mencapai sahsiah murid yang cemerlang di samping menyemaikan sifat displin,wibawa dan beketrampilan. Antara jemputan-jemputan yang hadir ialah Encik Rashid Ibrahim, penolong penyelia Sukan PPD, Kuching, wakil PIBG, ketua kampung dan juga ibu bapa pelajar. Majlis di mulakan dengan perbarisan lintas Hormat dari rumah Raja Wali, Cenderawasih, Helang, Kenyalang Pra sekolah dan KKBP.majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku/Lagu sekolah, bacaan doa oleh Uztaz Mohd Zamri & perasmian oleh Guru Besar SK Gita No. 2 Encik Abdul Latip bin Haji Bujang. Selesai larian obor kejohanan Kontinjen keluar baris dan acara dimulakan. Bagi acara perbarisan telah dimenangi oleh Rumah Rajawali dan keseluruhan kejohanan dimenangi oleh rumah Kenyalang. Acara berlangsung dengan jaya dan meriah di samping mewujudkan semangat kesukanan di kalangan pelajar dan warga Sk Gita No 2.
Lawatan ke Rumah Seri Kenangan
19 Okt- Salah satu aktiviti pelajar-pelajar tahun 6 ialah melawat ke rumah Seri Kenangan yang terletak di kilometer 2o. Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran para pelajar tentang pentingnya kasih sayang di antara warga tua, ibu bapa, guru-guru dan semua makhluk di muka bumi ini. Antara persembahan-persembahan dari pelajar-pelajar tahun 6 ialah persembahan angklung daripada murid-murid Tahun Enam Allamanda, tarian ngajat iban yang dipersembahkan daripada wakil kelas Tahun Enam Bourgainvilla, tarian Tradisional Melayu Sarawak yang dipersembahkan oleh murid-murid kelas Tahun Enam Allamanda, persembahan Silat Melayu yang dipamerkan oleh sebahagian murid lelaki kelas Tahun Enam Carnation dan yang terakhit sekali ialah persembahan joget Melayu Sarawak (Bergendang) yang memukau penghuni Rumah Seri Kenangan yang mana mereka turut serta menari bersama murid di atas pentas. Para pelajar juga tidak ketinggalan memberi saguhati sebagai tanda kasih sayang. Ketua rombongan Cikgu Abdul Malik mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Pengetua Rumah Seri Kenangan menerima rombongan melawat. Sebelum berangkat pulang, semua murid bersalaman dengan penghuni Rumah Seri Kenangan sebagai tanda kasih dan sayang dari semua.
Tuesday, October 19, 2010
LAWATAN KE BAITULMAL
18 OKT - Satu lawatan ke Baitulmal telah diadakan untuk murid tahun 6 bersempena dengan Program Pasca UPSR 2010. Seramai 20 orang murid dan 2 orang guru pengiring telah mengikuti lawatan tersebut. Antara pengisian lawatan tersebut, ceramah sejarah dan fungsi Baitulmal yang disampaikan oleh Tuan Haji Imran pegawai Baitulmal Sarawak.Melalui ceramah tersebut, Tuan Haji Imran menekankan kepada murid-murid mengenai sejarah dan fungsi yangdisampakannya. Pihak sekolah SKG2 mengucapkan terima kasih kepada pihak Baitulmal Sarawak kerana sudi menerima kunjungan murid tahun 6 SKG2. Semoga pihak Baitulmal dapat memberi peluang lagi kepada SKG2 untuk
berkunjung ke sana.
berkunjung ke sana.
Sunday, October 17, 2010
KEM BESTARI SOLAT
16 OKT - Kem bestari solat telah berlangsung di SKG2 baru-baru ini. Kem bestari solat (KBS) kali ini diadakan untuk tahun 5 dan 6. Seramai 63 peserta yang terdiri dari tahun 5 dan 6 mengikuti KBS kali ini. Kem bestari solat ini merupakan kem yang terakhir tahun ini. Kem yang bermula seawal jam 8.30 pagi berakhir setelah selesai solat zohor berjemaah jam 1.00 tengahari. Kem bestari solat merupakan salah satu program J-QAF yang telah diperkenalkan oleh bekas perdana menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk memperkasakan lagi Pendidikan Islam di sekolah-sekolah rendah. Pihak sekolah SKG2 mengucapkan terima kasih kepada ibubapa yang sudi menghantar anak-anak untuk mengikuti KBS kali ini. Mudah-mudahan apa yang dipelajari ini membentuk sahsiah soleh didalam diri anak-anak.
Friday, October 15, 2010
CERAMAH KEMPEN CEGAH JENAYAH AWAL REMAJA
14 OKT - Baru-baru ini satu Ceramah Kempen Cegah Jenayah Awal Remaja telah diadakan di SKG2. Ceramah ini diadakan sempena dengan program Pasca UPSR 2010. 3 orang pegawai polis dari IPD Kuching di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah datang ke SKG2 untuk menyempurnakan program ini. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Encik Simon Low Kok Hua Sub Detektif.
"Kempen ini amat bermakna buat murid tahun 6 (Pasca UPSR) menimba ilmu dan memberi kesedaran terhadap gejala-gejala yang terjadi masakini terhadap golongan remaja"Jelas Penyelaras Program Ceramah Kempen Cegah Jenayah Awal Remaja, Encik Abdul Malik bin Wahab.
"Pihak sekolah mengadakan Program sebegini bersesuaian dengan 10 konsep sekolah kebangsaan gita no.2 iaitu sekolah selamat" tegas Guru besar, Encik Abdul Latip Bin Bujang ketika ditemui di bilik mesyuarat kecil SKG2.
Murid-murid didedahkan dengan jenayah-jenayah yang dilakukan oleh remaja seperti pergaduhan, mencabul kehormatan, penagihan dadah dan sebagainya. Ia merupakan satu pengalaman baru kepada murid-murid tahun 6 yang sebelum ini tidak mengetahui ianya suatu jenayah. Ceramah yang bermula jam 10 berakhir pada 11.30 pagi. SKG2 mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Simon dan juga IPD Kuching kerana sudi meluangkan masa untuk turun menyampaikan ceramah kepada murid-murid tahun 6 SKG2.

Thursday, October 14, 2010
CERAMAH ANTIDADAH
8 OKT - Satu ceramah anti dadah telah diadakan di SKG2. Ceramah anti dadah ini telah disampaikan oleh Encik Jemari Bin Putit pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuching. Disamping ceramah satu pameran diadakan di Laman Akasia SKG2 kepada murid-murid SKG2. SKG2 mengucapkan ribuan terima kasih kepada AADK Kuching kerana sudi menyampaikan ceramah antidadah kepada murid-murid SKG2. Mudah-mudahan Malaysia bebas dari najis dadah.
YOUNG RESEARCHER CAMP
13 OKT - Baru-baru ini satu lagi program Pasca UPSR 2010 telah berlangsung di SKG2. Program yang diberi dnama Young Researcher Camp. Program anjuran Panitia Sains ini merupakan program kali yang kedua setelah diadakan pada tahun yang lalu. Ia dikendalikan oleh guru cemerlang Sains, Encik Sadun Mat Nor. Program seperti ini telah dijalankan pada tahun 2009 di 5 buah sekolah di daerah Kuching termasuklah SKG2. Ianya bertujuan melatih murid bekerja dalam kumpulan, mengaplikasikan pengetahuan Sains, mematuhi arahan dan memantapkan disiplin diri. Aktiviti bermula dengan ice breaking, Balloon Buggies dan Rollers kit. Sepanjang program, ketua fasilitator, Cikgu Sadun Matnor telah memberikan arahan dengan jelas dan menekankan aspek disiplin. Keseronokan dan keceriaan diwajah peserta pada akhir program ini menjadi peransang kepada Jawatankuasa Young Researcher Camp untuk mengadakan aktiviti seperti ini kepada murid tahun 3, 4 dan 5 pada masa yang akan datang.
Thursday, October 7, 2010
PROGRAM CITRA WARISAN
6 OKT - Satu program telah berlangsung di SKG2 baru-baru ini. Program yang diberi nama Program Citra Warisan merupakan program pertama pasca UPSR SK Gita NO. 2. Program ini merupakan program anjuran bersama dengan Kraftangan Malaysia Cawangan Kuching. Seramai 10 orang pegawai Kraftangan Malaysia hadir di SK Gita No. 2 sebagai fasilitator kepada peserta Program Citra Warisan yang terdiri daripada murid tahun 6 SK Gita No. 2. Antara pengisian yang disajikan dalam program tersebut ialah anyaman buluh, membentuk ceramik, menyusun manik dan mencanting batik. Program yang bermula dari pukul 8.30 pagi ini telah berakhir pada pukul 3.30 petang dengan majlis penyampaian cenderahati kepada fasilitator dan peserta terbaik Program Citra Warisan. Lima orang peserta bengkel telah terpilih menerima hadiah. Peserta terbaik anyaman rotan, adik Affendi Tan. Peserta seramik, Mohd Aslam Zuhairi. Manakala sulaman manik adik Efa Natasha, batik tulis pula adik Mohd Arif dan anyaman buluh pula max cavalera. Penyampaian cenderahati kepada fasilitator dari Kraftangan Malaysia telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Gita No. 2, Encik Abdul Latip Bin Bujang. Manakala hadiah peserta terbaik pula disempurnakan oleh Puan Catherine Fiziah Abdullah wakil pegawai PPD Kuching. Ucapan terima kasih diucapkan kepada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Wakil pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kuching, Puan Catherine Fiziah Abdullah serta ahli jawatankuasa pelaksana Program Citra Warisan kerana menjayakan program ini. Semoga Program Citra Warisan ini dapat dianjurkan lagi pada
tahun yang mendatang.
Wednesday, September 22, 2010
UPSR
22 SEPT - Hari ini merupakan hari yang kedua calon-calon SKG2 menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sejak UPSR bermula semalam. Seawal 6.40 pagi lagi, calon-calon UPSR hadir ke sekolah untuk persediaan memasuki UPSR. Mata pelajaran yang diuji hari ini ialah matematik kertas 1. Sebelum memasuki dewan peperiksaan, calon-calon diberikan tips-tips dan berdoa. SKG2 mengucapkan selamat berjaya dan semoga diberikan kesihatan yang sempurna sepanjang UPSR.
Monday, September 6, 2010
Program Semurni Ramadhan 2010
3 September - Warga SK Gita 2 telah mengadakan program semurni ramadhan sebagai acara penutupan aktiviti ihya ramadhan. Program ini merupakan program tahunan sekolah dalam usaha menyemarakan sambutan penghayatan ramadhan al mubarak. Sebagai pengisian program beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang bulan ramadhan di sekolah antaranya ialah;
a) Kutipan Amal Ramadhan
b) Tadarus Al Quran
c) Tazkirah Waktu Rehat
d) Tayangan Pembelajaran
e) Penyerahan Fidyah dan sedekah
f) Solat Hajat Perdana Tahun 6
g) Penyampaian Zakat Bank Rakyat
Sebagai kemuncak program, sambutan semurni ramadhan dianjurkan dengan kerjasama Jawatankuasa Penghayatan Islam dan PIBG sekolah. Pihak sekolah turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang dan merealisasikan majlis kali ini terutama sekali kepada Pengurus cawangan Bank Rakyat Kulas, Imam Masjid Al Taqwa Ustaz Hashiman, para ibu bapa dan guru-guru SK Gita 2.

Solat Hajat Perdana Tahun 6
3 September - Jawatankuasa Penghayatan Islam SK Gita No.2 telah mengadakan majlis solat hajat perdana Tahun 6 di Ruang Legar Akasia. Tujuan solat hajat diadakan adalah untuk memohon keberkatan daripada Allah S.W.T agar semua 89 orang pelajar yang akan menduduki UPSR pada 21-23 September ini akan mudah mengingati dan menyampaikan isi fikiran dengan lebih sempurna dan berkeyakinan. Insya Allah.
Para ibu bapa dan guru-guru telah turut serta dalam solat hajat kali ini. Pihak sekolah dengan besar hati sekali lagi mengundang Imam Masjid Al Taqwa Kpg Pinang Jawa Al Ustaz Hashiman untuk mengimam solat hajat dan seterusnya mengetuai baca yassin.
Adalah diharapkan setiap pelajar yang akan menduduki UPSR kali ini akan sentiasa mengulangkaji pelajaran semasa menyambut ketibaan Syawal dan melengkapkan diri dengan ilmu yang telah dititip oleh para guru di SK Gita No.2. Harapan sekolah agar semua pelajar akan beroleh kejayaan yang cemerlang pada peperiksaan UPSR nanti.

Monday, August 30, 2010
AMBANG MERDEKA SKG2
30 OGOS - Satu sambutan Ambang Kemerdekaan telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Gita No. 2 hari ini. Ia merupakan sambutan yang kedua disambut oleh warga sekolah setelah sekolah beroperasi pada tahun lepas. Satu tayangan power point oleh Guru Besar telah ditayangkan kepada warga sekolah mengenai sejarah negara sebelum merdeka, pengertian merdeka dan kesan-kesan kemerdekaan negara. Turut diadakan juga nyanyian beramai-ramai lagu-lagu patriotik seperti Kerana Mu Malaysia, 1 Malaysia.
"Budaya-budaya barat seperti shuffle tidak harus ada dalam diri anak-anak merdeka" jelas Guru Besar kepada murid-murid ketika berucap sempena ambang merdeka. Menurut beliau lagi, kita sebagai anak-anak merdeka harus menghayati erti kemerdekaan dengan menjadi insan yang berguna kepada nusa dan bangsa.
Majlis Ambang kemerdekaan kali berlainan sedikit kerana hari sambutan kemerdekaan ke 53 disambut pada bulan Ramadhan. Majlis Ambang Kemerdekaan bersurai dengan nyanyian lagu Satu Malaysia.

Saturday, August 14, 2010
Program Citra Bestari - Motivasi Tahun 6
7 Ogos 2010 - SK Gita 2 telah diberi penghormatan mengelolakan Program Citra Bestari sekolah-sekolah angkat P.194 di Auditorium Yayasan Sarawak baru-baru ini. Matlamat utama Program Citra Bestari ialah untuk mencetuskan kesedaran dan keyakinan diri murid-murid di tiga buah sekolah yang terlibat tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai murid Tahun 6, disamping berusaha untuk melahirkan murid yang kreatif, inovatif dan berdaya saing selaras dengan visi dan misi sekolah ke arah kecemerlangan pendidikan.
Program ini bertemakan ‘Kearah Kecemerlangan Diri’ dan Kecemerlangan diri ialah suatu tahap pencapaian diri yang unggul, terbaik dan tertinggi dalam semua perkara yang dibandingkan dengan orang lain. Justeru sebagai murid yang akan menduduki UPSR diharapkan dapat membentuk dan membudayakan diri dengan ciri-ciri kecemerlangan diri seperti berikut:
1. Kenal diri – berfikir dan menilai diri sendiri
2. Ada Inisiatif – tidak menangguhkan kerja, lakukan sekarang
3. Sikap menang – tidak mengalah dan mengandakan usaha untuk Berjaya
Majlis penutupan Citra Bestari dilakukan oleh Pengerusi Biro Perkhidmatan Pendidikan P.194 Cikgu Rabiah Johari. AJK pengelola merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Tuan Haji Fadillah Yusuf yang sudi menjadikan 3 buah sekolah ini sebagai sekolah angkat di kawasan Parlimennya.
Thursday, August 5, 2010
PERKHEMAHAN PERTAMA SK GITA 2
30 & 31 JULAI - Satu perkhemahan badan-badan uniform telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Gita No. 2. Perkhemahan 2 hari satu malam ini merupakan anjuran bersama Guru-guru pelatih dari Institut Perguruan Kampus Batu Lintang (IPBL) Kuching dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Gita No.2. Seramai 120 orang murid dari badan uniform pengakap, PBSM, Puteri Islam dan Kadet Remaja Sekolah telah menyertai perkhemahan tersebut. Ianya merupakan program perkhemahan yang pertama sejak sekolah ini beroperasi. Malah ianya julung-julung kali penganjuran bersama dengan guru-guru pelatih dari IPBL. Sebelum ini, guru-guru pelatih IPBL pernah mengadakan lawatan ke SK Gita 2 dan pernah memimpin senaman pagi ketika Program Sekolah Sejahtera Jerayawara.
"Ini merupakan perkhemahan yang pertama, kita akan masukkan program perkhemahan seperti ini di dalam takwim tahunan sekolah nanti" Kata Guru Besar SK Gita 2 En. Abdul Latip ketika Majlis Penangguhan Program Perkhemahan tersebut. Beliau amat bersyukur kerana sepanjang perkhemahan tersebut tidak ada perkara yang tidak diingin berlaku. Beliau berharap murid-murid dapat menghayati perkhemahan tersebut seterusnya menjadikannya sebagai pengalaman yang berguna pada masa akan datang.
Ucapan terima kasih kepada guru-guru pelatih Institut Perguruan Batu Lintang. Seterusnya Ahli Jawatankuasa pelaksana Program Perkhemahan Bersepadu Badan Uniform dan tidak dilupakan peserta-peserta perkhemahan dan pihak-pihak yang memberikan sumbangan secara langsung dan tidak langsung.

Tuesday, July 27, 2010
PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2010 & UJIAN PROGRESIF 3
27 JULAI - Hari ini merupakan hari peperiksaan percubaan UPSR bagi seluruh negeri Sarawak. Peperiksaan ini akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut mulai hari ini. Seramai 90 orang calon dari SKG2 menduduki peperiksaan tersebut. Peperiksaan Percubaan bermula jam 7.45 pagi dengan Bahasa Melayu Penulisan sebagai kertas ujian yang pertama. Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang sebenar akan berlangsung 50 hari lagi. Semoga Peperiksaan ini memberikan keputusan yang cemerlang kepada calon-calon SKG2 seterusnya membangkitkan semangat untuk lebih berjaya pada peperiksaan yang sebenar nanti. Disamping berlangsungnya Peperiksaan Percubaan UPSR, murid-murid selain calon-calon UPSR menghadapi Ujian Progresif 3 hari ini. Ia merupakan pengukur kepada peningkatan dan pertambahan ilmu yang dipelajari oleh murid-murid sejak Peperiksaan Pertengahan Penggal yang lalu pada bulan jun. Teruskan usaha tingkatkan kecemerlangan diucapkan kepada murid-murid SKG2. Semoga berjaya dalam peperiksaan dan ujian.
Saturday, July 24, 2010
Program Tunas Lestari Tahun 5
24 Julai 2010 - Hari ini Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Program Tunas Lestari yang melibatkan semua murid Tahun 5 SK Gita 2. Objektif program adalah untuk mencetuskan kesedaran dan keyakinan diri pelajar tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pelajar. Pengisian program dimulakan dengan ceramah teknik belajar oleh cikgu Zeti Azmi, ceramah pengurusan masa oleh cikgu Sadun dan diakhiri dengan 'presentation kepimpinan pelajar' oleh Guru Besar yang menjelaskan tentang konsep dan matlamat sekolah ke arah sekolah berwawasan.
Aktiviti tahunan ini diharap dapat menyemai keyakinan diri pelajar dan pengawas sekolah dalam usaha untuk membentuk matlamat dan cara pengurusan diri serta teknik pembelajaran yang berkesan.
Aktiviti tahunan ini diharap dapat menyemai keyakinan diri pelajar dan pengawas sekolah dalam usaha untuk membentuk matlamat dan cara pengurusan diri serta teknik pembelajaran yang berkesan.
Friday, July 16, 2010
MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 1431H
16 JULAI - Satu Majlis Sambutan Israk Mikraj telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Gita No. 2 hari ini. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Ustazah Azmazura. Penceramah jemputan pada kali ini adalah Ustaz Syurei bin Tamam.
Sebelum itu, majlis tersebut diserikan dengan nasyid Asma'ul Husna yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Izzuddin. Kemudian diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh adik Mohd Hafizuddin bin Abu Zaid dan diserikan lagi dengan persembahan nasyid oleh murid-murid tahun 4.
Majlis yang bermula seawal 7.00 pagi berakhir pada 8.30 pagi. SK Gita No. 2 mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Syurei bin Tamam kerana sudi menerima jemputan SK Gita No. 2. Tidak dilupakan juga kepada Ahlijawatankuasa kerja Majlis Sambutan Israk Mikraj 1431H ini. Mudah-mudahan dengan usaha dari pihak tuan-tuan sekali mencambahkan lagi ilmu agama dalam diri murid-murid SK Gita 2 seterusnya menjadi insan yang beriman dan beramal soleh.
Wednesday, July 14, 2010
CHORAL SPEAKING KEKALKAN KEDUDUKAN
14 JULAI - Hari ini SK Gita 2 sekali lagi mengekalkan kedudukan ketiga dalam Pertandingan Choral Speaking Zon B Kuching. Pertandingan Choral Speaking Zon B pada kali ini telah diadakan di Perpustakaan Negeri Sarawak. Ianya merupakan pertandingan tahunan yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kuching (PPDK) untuk memperkembangkan potensi murid dalam choral speaking seterusnya mewakili Kuching ke pertandingan Choral Speaking antara daerah nanti. Seramai 36 orang murid SK Gita 2 mewakili sekolah ke pertandingan tersebut dibawah pimpinan Cikgu Polly Billy.
"Pasukan sekolah telah menunjukkan prestasi yang baik dalam pertandingan kali ini. Cuma ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki lagi. Walau apapun tahniah kepada pasukan sekolah kerana berjaya mengekalkan kedudukan ketiga," kata Cikgu Polly Billy ketika ditemui selepas upacara penyampaian hadiah.
Tahniah diucapkan kepada pasukan Choral Speaking sekolah kerana berjaya mengekalkan kedudukan pada pertandingan Choral Speaking kali ini. Semoga mendapat johan pada tahun hadapan.

Monday, July 12, 2010
PERHIMPUNAN MINGGU KE-4
12 JULAI - Satu perhimpunan rasmi telah berlangsung di SK Gita 2 hari ini. Ia merupakan hari perhimpunan yang keempat sejak sekolah dibuka pada bulan jun yang lalu. Perhimpunan ini telah dipengerusikan oleh adik Alya Marini dan adik Wan Mohammad. Pada kali ini, giliran Guru Besar menyampaikan ucapan kepada murid-murid SK Gita 2. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan kepada murid-murid mengenai disiplin. Disiplin terhadap diri, keluarga dan sekolah.
"Semalam kita tengok didalam Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia, pemain-pemain bola sepak berdiri tegap ketika menyanyikan lagu kebangsaan negara masing-masing. Ini merupakan disiplin diri terhadap negara" kata beliau kepada murid-murid SK Gita 2.
Perhimpunan yang bermula seawal 7.00 pagi selesai pada 7.40 pagi.

Thursday, July 8, 2010
PELANCARAN BULAN AKTIF PEN. JASMANI KESIHATAN & MUZIK
5 JULAI - Satu pelancaran Bulan Aktif Panitia Pendidikan Jasmani Kesihatan dan Panitia Pendidikan Muzik telah dilancarkan di SK Gita No. 2 hari ini. Pelancaran itu telah dilancarkan oleh Guru Besar SK Gita 2, Encik Abdul Latip bin Bujang. Bersempena dengan pelancaran satu persembahan tayangan ditelah ditayangkan kepada murid-murid mengenai Pendidikan Jasmani Kesihatan.
"Saya amat berharap bulan aktif panitia ini dapat membuat persembahan yang menarik dan memberikan info yang berguna kepada murid-murid" kata Ketua Panitia Pendidikan Jasmani Kesihatan, Encik Keron bin Mat ketika Majlis Pelancaran tersebut.
Bulan aktif Panitia Pendidikan Jasmani Kesihatan akan menjalankan aktivitinya sepanjang 2 minggu ini dan diteruskan 2 minggu seterusnya dengan aktiviti dari Panitia Pendidikan Muzik.

Monday, July 5, 2010
SAMBUTAN IBUBAPA MEMBERANGSANGKAN
2 JULAI - Sekolah Kebangsaan Gita No. 2 telah mengadakan hari pelaporan untuk peperiksaan penggal pertama yang berlangsung pada 20 hingga 27 Mei yang lalu.Sambutan yang diberikan oleh Ibubapa dan penjaga amatlah memberangsangkan. Ini membuktikan bahawa Ibubapa yang hadir amat menitik beratkan pelajaran anak-anak mereka. Hari pelaporan ini amat penting dalam mempertingkatkan tahap pencapaian murid-murid bukan sahaja diukur dengan peperiksaan malah dilihat dari segi mendalami lagi masalah-masalah psikologi murid-murid ketika berada di rumah. Dengan ini guru-guru lebih memahami dengan mendalam perangai, minat dan tabiat murid-murid mereka. Ibubapa juga boleh mengetahui bagaimana anak-anak mereka ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung daripada guru-guru. Kesefahaman, pengkongsian inilah yang amat penting dalam mempertingkatkan prestasi serta membentuk modal insan kelas pertama yang dicita-citakan oleh semua pihak. Selain daripada itu hari pelaporan ini juga dapat membuang prasangka-prasangka buruk antara ibubapa dengan guru melalui perbincangan secara individu mengenai anak-anak mereka. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibubapa penjaga kerana sudi meluangkan masa mereka untuk hadir ke sekolah.
Friday, June 11, 2010
Lawatan Penanda Aras Guru Besar Sekolah Angkat P194
Pada 31 Mei 2010 tiga orang Guru Besar dan Penolong Kanan sekolah angkat P194 Petra Jaya telah diberi peluang dan kesempatan oleh YB Tuan Haji Fadillah Yusuf untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke sekolah-sekolah cemerlang di Daerah Ulu Langat, Selangor. Rombongan diketuai oleh Encik Abdul Latip Bin Hj Bujang Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gita No.2. Turut serta dalam lawatan ialah Encik Tukimin bin Selikin (GB.SK Semariang), Encik Awg Muhamad (GB.SK Combined), Puan Hjh Maimunah (PK1 SK Gita 2), Puan Hamdiah Mat (PKHEM SK Gita 2) dan Encik Muhamad (PKKK SK Semariang).
Tujuan lawatan adalah untuk mengeratkan silatulrahim serta jalinan kerjasama dikalangan semua Guru Besar dan Penolong Kanan dalam usaha membentuk budaya kerja yang efektif dan efisyen selaras dengan kehendak NKRA ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
Empat buah sekolah yang dilawati ialah SK Ampang Campuran, SK Taman Kosas, SK Saujana Impian, Cheras dan SK Cyber Jaya Sepang. Lawatan ini berfokus kepada pencapaian dan kejayaan sekolah-sekolah ini dalam memenangi Anugerah Kecemerlangan di peringkat Negeri dan Kebangsaan seperti Anugerah 3K, PSS, NILAM dan Anugerah Sekolah Cemerlang.
Di akhir lawatan rombongan telah dibawa melawat ke SK Cyber Jaya, Sepang dan diraiekan makan tengahari oleh Guru Besar Encik Abdul Razak bersama-sama ahli MGB Hulu Langat. Lawatan ini amat berfaedah dan memberi impak kepada stail dan pendekatan pengurusan sekolah yang berkesan dikalangan semua Guru Besar Sekolah angkat P.194. Bagi pihak rombongan kami mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Guru Besar sekolah di lawati serta layanan yang begitu mesra dan profesional sepanjang lawatan penanda aras kali ini. Tidak lupa juga kami mengucapkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Biro 194 dan YB kerana telah sudi menaja lawatan julung kali seperti ini.

Thursday, May 27, 2010
UCAPAN
Assalamualaikum W.B.T, terlebih dahulu saya ucapkan "Selamat bercuti" kepada semua pelajar dan warga SK Gita 2. Saya berharap para pelajar SK Gita 2 dapat menggunakan masa cuti ini dengan sebaik mungkin dan tidak lupa mengulang kaji pelajaran serta menjaga kesihatan dan keselamatan diri. Seterusnya kepada para guru yang akan balik bercuti selamat bercuti dan yang akan merayakan hari gawai saya ucapkan "Selamat Ngintu Gawai Dayak."
- En. Abdul Latip Bin Bujang (Guru Besar SK Gita 2)
Saya ucapkan Selamat Bercuti kepada semua guru-guru, staf dan kakitangan yang akan bercuti. Buat yang akan meraikan hari gawai, "Selamat Menyambut Hari Gawai". Semoga semuanya dapat diraikan dalam suasana seronok. Bagi mereka yang berjalan jauh utamakan keselamatan dan kesihatan. Semoga dapat berjumpa lagi apabila sekolah dibuka nanti. Kepada pelajar-pelajar SK Gita 2 yang akan menghadapi UPSR nanti gunakan masa cuti untuk mengulangkaji pelajaran disamping menjaga keselamatan diri sepanjang cuti. Terima kasih.
- Pn. Hjh Maimunah Bt Hj. Udang (PK 1)
Kepada warga SK Gita 2, terutama guru dan murid-murid yang menyambut Hari Gawai "Selamat Hari Gawai" "Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Dalam Semua Pengawak". Kepada guru-guru yang akan balik ke Semenanjung, diucapkan berhati-hati dalam perjalananan. Setiap tindakan yang diambil hendaklah memikirkannya dengan teliti dan fikirkan kesan akibat tindakan yang kita ambil. Kepada murid-murid SK Gita 2, jagalah keselamatan dan tingkahlaku samada di rumah atau di sekolah. Jangan lupa ulangkaji pelajaran sekolah sepanjang cuti nanti.
- Pn. Hamdiah Bt Mat (PK HEM)
Tuesday, May 18, 2010
HARI GURU MERIAH
17 MEI - Hari ini SK Gita 2 telah mengadakan Perayaan Hari Guru yang keduanya setelah setahun lebih beroperasi sejak januari 2009. Kali ini Perayaan Hari Guru dimeriahkan dengan persembahan murid-murid seperti nyanyian lagu sekolah oleh kumpulan koir sekolah. Ini merupakan persembahan yang kedua oleh koir sekolah, sebelum ini mereka telah mempersembahan persembahan mereka buat pertama kalinya ketika Program Jerayawara DBKU pada sabtu yang lalu. Tidak ketinggalan juga murid-murid dari pendidikan khas sekolah juga turut serta dalam persembahan murid kali ini. Mereka mempersembahkan dikir barat yang berjudul 'anok tupai'. Pada pukul 10 pagi, murid-murid dihiburkan dengan kedatangan chickies dan juga maskot pizza hut. Perayaan hari guru akhirnya berakhir pada pukul 12.30 tengahari dengan persembahan poco-poco oleh chickies dan kawan-kawan.
Tuesday, May 11, 2010
SYABAS SK GITA NO.2
10 Mei - Syabas dan tahniah buat SK Gita No. 2 kerana telah berjaya mengukir nama dalam arena kriket setelah 3 orang murid SK Gita No. 2 telah terpilih mewakili Sarawak dalam permainan kriket. Mereka adalah adik Muhammad Naseem Shah bin Rashid, adik Mohd Qayyum Bin Satu dan adik Ervin Kik AK Irex. Sebelum ini, SK Gita 2 telah menghantar satu pasukan ke peringkat negeri Sarawak yang telah diadakan di SK Tabuan dan telah menduduki tempat yang kedua dalam perlawanan tersebut. Perlawanan Kriket peringkat kebangsaan tahun ini akan diadakan di Pulau Pinang pada bulan jun nanti. SK Gita 2 mengucapkan tahniah kepada mereka bertiga kerana mengharumkan lagi nama sekolah. Semoga Sarawak menjuarai Perlawanan Kriket peringkat kebangsaan nanti. Majulah sukan untuk negara.
Monday, May 3, 2010
MENANG LAGI...
29 APRIL - Hari ini sekali lagi SK Gita No. 2 mencatatkan sejarahnya yang manis setelah mendapat naib johan dalam Perlawanan Kriket Bahagian Kuching yang telah diadakan di .IPGM Batu Lintang dan SK Tabuan. Biarpun setahun jagung dalam permainan Kriket dan percubaan pada tahun sebelumnya SK Gita 2 tidak beroleh tempat namun dengan tekad, usaha dan komitmen guru, jurulatih dan murid-murid SK Gita 2 pada tahun ini telah membuahkan hasil buat kali yang pertama. Daripada 10 perlawanan yang disertai oleh SK Gita 2 dalam kriket hanya satu perlawanan sahaja SK Gita 2 menemui kegagalan setelah terpaksa tunduk dengan pengalaman yang ada dengan juara tahun lepas iaitu SK Tabuan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada jurulatih Kriket sekolah dan Cikgu Silimun kerana telah mencurahkan bakti kepada SK Gita 2. Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid yang telah berjaya dalam mengharumkan lagi nama SK Gita 2.
Saturday, May 1, 2010
Lagu SK Gita 2
BERILMU BERWAWASAN
Dua ribu sembilan
namamu megah terukir
SK Gita 2 namamu diberi
Tersergam indah nan permai
Gedung ilmu kebanggaan kami
Untuk mencapai cita…cita kami
Untuk mencapai cita…cita kami
Lahirnya lencana
dan moto sekolah
Berilmu berwawasan
Cogan kata diberi
Sebagai mendukung
wawasan negara
Itulah matlamat dan iltizam kami
Iltizam kami dan iltizam kami
Kamilah anak-anak harapan bangsa
Penuh semangat menuntut ilmu
Akademik cemerlang wawasan semua
Untuk ………….Guru-guruku…
Didiklah dan…… Curahkan lah
Ilmu yang ada tak kan kami persiarkan
Sekolah kami tersergam indah
Sekolah berbudaya dan berwawasan
Penuh semangat menuntut ilmu
Jati diri perinsip disanjung
Terima kasih cikgu…Terima kasih cikgu
Kan ku harumkan oh namamu….
Kan ku harumkan oh namamu……..
Kan ku harumkan oh namamu…………
Dua ribu sembilan
namamu megah terukir
SK Gita 2 namamu diberi
Tersergam indah nan permai
Gedung ilmu kebanggaan kami
Untuk mencapai cita…cita kami
Untuk mencapai cita…cita kami
Lahirnya lencana
dan moto sekolah
Berilmu berwawasan
Cogan kata diberi
Sebagai mendukung
wawasan negara
Itulah matlamat dan iltizam kami
Iltizam kami dan iltizam kami
Kamilah anak-anak harapan bangsa
Penuh semangat menuntut ilmu
Akademik cemerlang wawasan semua
Untuk ………….Guru-guruku…
Didiklah dan…… Curahkan lah
Ilmu yang ada tak kan kami persiarkan
Sekolah kami tersergam indah
Sekolah berbudaya dan berwawasan
Penuh semangat menuntut ilmu
Jati diri perinsip disanjung
Terima kasih cikgu…Terima kasih cikgu
Kan ku harumkan oh namamu….
Kan ku harumkan oh namamu……..
Kan ku harumkan oh namamu…………
Klik disini untuk download lagu sekolah
Wednesday, April 21, 2010
PERLAWANAN SOFBALL BHG KUCHING
21 April - Kali ini SK Gita No. 2 telah merangkul tempat yang ketiga dalam perlawanan sofball bahagian kuching setelah menang dalam beberapa perlawanan dan kalah sekali dengan juara zon A. Manakala Johan kali ini dimenangi oleh Padawan manakala naib johan dimenangi oleh Zon A. Walaupun SK Gita No. 2 merupakan sekolah yang baru berumur dalam setahun 4 bulan. Malah sukan sofball ini baru diperkenalkan di SK Gita No. 2 sejak ianya beroperasi, murid-murid tetap bersemangat dan memberikan saingan yang hebat terhadap juara zon A walaupun terpaksa tunduk dengan pengalaman mereka. 3 orang murid SK Gita 2 telah terpilih untuk mewakili bahagian Kuching, mereka adalah adik Mohd Naseem, Ervin dan Wilbert. Syabas buat murid-murid SK Gita No.2 kerana bersemangat dalam sukan sofball. Tahniah buat sekolah-sekolah yang telah berjaya dalam perlawanan sofball kali ini. SK Gita No. 2 mengucapkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam penganjuran ini samada secara langsung dan tidak langsung. Perlawanan sofball bahagian Kuching ini telah berlangsung 20 dan 21 April. SK Gita No. 2 dan SK Gersik merupakan sekolah yang menganjurkan Sofball bahagian Kuching pada kali ini. Ianya merupakan kali kedua buat SK Gita No. 2 menganjurkannya, kali pertamanya pada tahun 2009. Objektif yang ingin dicapai perlawanan ialah untuk memilih murid-murid yang berbakat dalam sofbal di bahagian Kuching untuk mewakili daerah Kuching pada perlawanan sofball peringkat daerah nanti.
Monday, April 19, 2010
SALAM PERPISAHAN
16 APRIL - Dua orang guru pelatih dari Institut Perguruan Malaysia Batu Lintang IPGM Batu Lintang hari ini telah menamatkan latihan pratikumnya di SK Gita 2. Cikgu Saftuyah dan Hartini merupakan guru pelatih dari IPGM Batu Lintang opsyen pra sekolah telah memulakan latihan pratikumnya dari bulan februari 2010 di Pra Sekolah SK Gita 2. Sepanjang tempoh latihan, pelbagai jasa dan bakti telah dicurahkan kepada SK Gita 2 terutamanya di Pra Sekolah SK Gita 2. Ucapan terima kasih penghargaan diucapkan kerana telah menyumbang jasa dan bakti sepanjang berada di SK Gita 2. Semoga cikgu lebih maju jaya dan cemerlang lagi di masa hadapan.
Tuesday, March 30, 2010
MAJLIS TILAWAH AL-QURAN ZON B, KUCHING
29 MAC - Sekali lagi SK Gita 2 melakarkan sejarahnya pada hari ini kerana telah berjaya menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah-sekolah rendah Zon B (MTQ).
"Walaupun SK Gita 2 adalah sekolah yang baru, namun dapat menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran dan Festival Nasyid seperti sekolah-sekolah yang sudah berpuluh-puluh tahun berpengalaman menganjurkan Majlis seperti ini. Syabas dan tahniah diucapkan" kata Ustaz Awang Arifin pegawai di Jabatan Pelajaran Daerah Kuching dalam ucapannya merasmikan majlis penutupan.
Antara pertandingan yang diadakan pada majlis tersebut adalah pertandingan nasyid, tilawah Al-Quran, hafazan dan bercerita. Seramai 303 orang murid dari 32 sekolah rendah Zon B kuching telah menyertai pertandingan kali ini. Sebanyak 16 buah sekolah telah menyertai pertandingan nasyid dan ia merupakan penyertaan terbanyak berbanding dengan pertandingan zon A yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Green Road.
SK Gersik telah merangkul juara nasyid pada kali ini. Johan tilawah lelaki telah dimenangi oleh adik Mohd Yusuf Abd Ghani dari SK Siol Kanan. Manakala Johan tilawah Perempuan, dimenangi oleh adik Ain Farzeena Yusmari dari SK Gersik. Johan hafazan lelaki telah dimenangi adik Hafizuddin Abu Zaid dari SK Gita 2, manakala johan hafazan perempuan dimenangi oleh adik Fatin Nur Aqilah Isa dari SK Gita. Johan bercerita lelaki dimenangi oleh Muhd Faris Jafri dari SKA Datuk Hj. Abd Kadir Hassan, manakala bercerita perempuan dimenangi oleh adik Nurazeena Askan dari SK Siol Kanan.
Tahniah dan syabas buat peserta-peserta MTQ yang telah berjaya. SK Gita 2 merakamkan jutaan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang derma dan tenaga dalam menjayakan MTQ pada kali ini.

Sunday, March 21, 2010
HARI PERMUAFAKATAN & ANUGERAH CEMERLANG
12 MAC - Buat pertama kalinya, SK Gita No. 2 mengadakan majlis penyampaian anugerah cemerlang kepada murid-muridnya. Majlis yang diberi nama Hari Permuafakatan dan Anugerah Cemerlang itu telah dirasmikan oleh Puan Fiziah bt Abdullah @ Cathrine Ritikos, Penolong Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kuching (PPDK). Majlis tersebut diserikan dengan pelbagai persembahan daripada murid-murid SK Gita No.2. Antara persembahan yang dipersembahkan adalah chorus speaking, tarian zapin, nyanyian lagu patriotik. dan persembahan muzikal. Persembahan chorus speaking yang disertai oleh murid tahun 5 Alamanda dipimpin oleh Cikgu Polly Billy, manakala tarian zapin dipimpin oleh Cikgu Rokaya Senen. Sebuah lagu patriotik dinyanyikan oleh adik Wan Mohamad dan adik Hanimina dari tahun 6 Alamanda. Murid-murid yang mendapat anugerah kecemerlangan adalah murid-murid yang dipilih dari setiap tahun dan ianya dinilai dari segi aspek kecemerlangan prestasi akademik, sahsiah dan komitmen sepanjang pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Ketua kelas, penolong ketua kelas dan pengawas juga mendapat sijil penghargaan. Objektif majlis ini adalah untuk memberikan suntikan semangat kepada murid-murid cemerlang agar terus cemerlang. Bagi murid yang tidak mendapat kecemerlangan agar terus berusaha bersaing dan mendapatkan kecemerlangan di masa hadapan sepertimana yang diperolehi oleh rakan-rakan mereka. Begitu juga menyampaikan penghargaan kepada pengawas, ketua kelas dan penolong yang telah mencurahkan bakti dan jasa kepada sekolah membantu guru-guru.
Saturday, March 6, 2010
LDP Pertama 2010
5 Mac - Belum lagi keringat program Maulidur Rasul kering pada sebelah pagi, guru-guru SK Gita 2 mengorak langkah mengatur paradigma dengan menghadiri Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang diadakan pada sebelah petang jumaat. Kursus ini merupakan kursus yang pertama buat tahun 2010 yang diadakan untuk guru-guru SK Gita 2. Tujuan kursus ini adalah untuk memberikan pendedahan dan latihan dalam penggunaan sistem fleksi versi baru yang diguna pakai oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kuching (PPDK). Ianya disampaikan oleh Cikgu Sadun bin Mat Nor yang merupakan guru cemerlang dan guru pakar sains Sarawak. Kursus yang bermula jam 2.30 petang ini berakhir pada pukul 5 petang dengan penyampaian cenderamata kenang-kenangan oleh En. Abdul Latip bin Bujang, Guru besar SK Gita 2 kepada Cikgu Sadun bin Mat Nor. SK Gita 2 mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Sadun kerana sudi berkongsi ilmu bagi meningkatkan penggunaan teknologi maklumat kepada guru-guru SK Gita 2.
Thursday, February 25, 2010
Lawatan IPBL
25 Feb - SK Gita 2 telah dilawati oleh 44 orang penuntut Institut Perguruan Batu Lintang (IPBL). Lawatan yang diberi nama Lawatan Penanda Aras Sekolah Cemerlang ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada bakal guru mengenai visi dan misi, bentuk dan budaya, struktur dan pelaksanaan kukurikulum serta kokurikulum, ciri-ciri kepimpinan berkesan dalam pengurusan sekolah cemerlang. Rombongan dibawa terlebih dahulu melawat blok Pra sekolah kemudian memasuki dataran. Disana rombongan dihidangkan dengan persembahan tarian yang dipimpin oleh Cikgu Rokaya Senen, kemudiannya alunan muzik yang dipimpin oleh Cikgu Nadziah Sharkawi. Rombongan dipersembahkan dengan bacaan sajak oleh adik Athirah dan kemudiannya persembahan persatuan Taekwando SK Gita 2. Rombongan dibawa pula ke makmal komputer untuk taklimat oleh Guru besar SK Gita 2, En. Abdul Latip bin Bujang. Selesai taklimat rombongan dijamu dengan sedikit jamuan ringan dan bertolak pulang ke IPBL pada sebelah tengahari.
Wednesday, February 24, 2010
Hari Kecergasan
24 Feb - Minggu ketiga setiap bulan, masa yang ditunggu-tunggu oleh warga SK Gita 2. Hari yang ditunggu-tunggu adalah hari kecergasan SK Gita 2. Ianya merupakan hari kecergasan yang pertama buat tahun 2010 setelah ianya berakhir pada bulan november tahun lepas. Seluruh warga sekolah berpakaian sukan bagi meraikan dan menyertai hari kecergasan. Senaman hari kecergasan tersebut diketuai oleh Cikgu Silimun. Antara agenda senaman ialah memanaskan badan, tarian poco-poco dan sambutan harijadi bagi murid-murid yang lahir pada bulan februari. Bermula dari bulan ini dan seterusnya setiap hari rabu minggu ketiga, hari kecergasan SK Gita 2. Senaman yang bermula seawal 6.40 pagi bersurai pada 7.40 pagi.
Monday, February 22, 2010
Selamat Kembali
22 Feb - Hari ini persekolahan dibuka semula setelah bercuti selama 1 minggu bersempena Perayaan Tahun Baru Cina. Pembukaan minggu persekolahan dibuka dengan perhimpunan rasmi SK Gita no.2. Dalam perhimpunan tersebut, Cikgu Hamdiah bte Mat selaku Penolong Kanan HEM SK Gita No. 2 memberikan ucapkan dihadapan murid-murid SK Gita 2. Dalam ucapannya, beliau menegaskan kepada murid agar sentiasa menjaga adab dengan guru dan melarang murid dari melawan percakapan atau arahan yang diberikan oleh guru.
Keberkatan ilmu tersebut bergantung diatas adab kita dengan guru. Murid-murid yang tidak menghormati dan sering melawan guru tidak akan mendapat keberkatan ilmu yang telah diberikan oleh guru terbabit. Dalam pada itu juga, beliau ada mengingatkan murid tentang buku teks yang dipinjam oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dibalut dengan plastik pembalut. Walau bagaimana pun perhimpunan berakhir jam 7.40 pagi.

Thursday, February 4, 2010
PELANCARAN BLN PANITIA BM
1 FEB - Satu pelancaran bulan Panitia Bahasa Malaysia telah dilancarkan hari ini. Pelancaran tersebut dihiasi dengan beberapa persembahan murid-murid SK Gita No. 2. Antara persembahan yang dipersembahan ialah deklamasi sajak dan persembahan koir oleh murid tahun Alamanda 6 dibimbing oleh Cikgu Zeti. Pelbagai lagi persembahan daripada murid yang akan menyusul pada sebelah pagi sepanjang bulan Panitia Bahasa Malaysia.
Tuesday, January 19, 2010
Hari Pelaporan
JUMAAT, 15 JAN - SK Gita 2 sekali lagi menerima kedatangan ibubapa penjaga murid-murid SK Gita 2 yang mahu mengambil buku pelaporan anak-anak mereka daripada guru-guru kelas masing. Disamping mengambil buku pelaporan, ibubapa yang perihatin terhadap anak-anak mereka tidak melepaskan peluang ini untuk berbincang dengan guru kelas tentang prestasi dan cara untuk meningkatkan lagi kecemerlangan anak-anak dalam pelajaran. Tradisi inilah yang kita mahu terapkan dalam nilai-nilai masyarakat kita, suka berbincang dan sama-sama mencari kesefahaman antara dua pihak bagi meningkatkan kecemerlangan anak-anak dalam pelajaran. Program penyerahan buku pelaporan yang bermula pada 2.00 tghari berakhir pukul 3.30 petang. Ucapan terima kasih kepada ibubapa penjaga yang sudi datang mengambil buku pelaporan dan tidak dilupa juga kepada guru-guru yang sudi meluangkan masa untuk bertugas pada hari pelaporan tersebut.
Monday, January 11, 2010
Perhimpunan Kedua
Hari ini merupakan kali kedua perhimpunan rasmi diadakan. Kali ini Penolong Kanan 1 pula memberikan ucapan. Dalam ucapannya itu, beliau mengingatkan murid tentang beberapa perkara yang penting. Antaranya ialah murid perlu mematuhi waktu tasmik, modul kerja rumah yang perlu disiapkan dan dihantar kepada guru mata pelajaran masing dan juga beberapa perkara mengenai disiplin murid.
Diakhir perhimpunan tersebut, adik Mohd Hazrul telah menerima sumbangan derma kilat dari warga SK Gita 2. Adik Mohd Hazrul merupakan salah seorang mangsa kebakaran yang berlaku baru-baru ini. Derma tersebut telah disampaikan oleh Penolong Kanan 1, Cikgu Hjh Maimunah Hj. Udang. Ucapan takziah buat adik Mohd. Hazrul Andika bin Daud dan keluarga dari warga SK Gita 2.

Monday, January 4, 2010
CARTA ORGANISASI PIBG
PENASIHAT
En. Abdul Latip Bin Bujang
(Guru Besar SK Gita 2)
YG. DIPERTUA
En. Nazim Bin Abdul Wahid
NAIB YDP
En. Edham B. Joll
SETIAUSAHA
Cik Norazizah Bte Salleh
BENDAHARI
En. Abdul Malik B. Wahab
AHLI JAWATANKUASA
Pn. Maimunah Bte Hj. Udang
Pn. Hamdiah Bte Mat
En. Khairul Zaim Bin Abdullah
Pn. Mastuyah Bte Abdul Wahab
Pn. Nensy Bt. Sujak
En. Silimun Buyung AK Ullis
En. Haslan Bin Badong
En. Abdul Latip Bin Bujang
(Guru Besar SK Gita 2)
YG. DIPERTUA
En. Nazim Bin Abdul Wahid
NAIB YDP
En. Edham B. Joll
SETIAUSAHA
Cik Norazizah Bte Salleh
BENDAHARI
En. Abdul Malik B. Wahab
AHLI JAWATANKUASA
Pn. Maimunah Bte Hj. Udang
Pn. Hamdiah Bte Mat
En. Khairul Zaim Bin Abdullah
Pn. Mastuyah Bte Abdul Wahab
Pn. Nensy Bt. Sujak
En. Silimun Buyung AK Ullis
En. Haslan Bin Badong
Hari Pertama 2010
Buat tahun keduanya SK Gita 2 meneruskan operasinya sebagai salah satu pembina modal insan. Hari ini 633 murid telah hadir di SK Gita 2 untuk memulakan sesi pembelajaran tahun 2010. Pagi tadi ibubapa penjaga tahun 1 dibenarkan masuk berikutan menghantar dan memujuk anak-anak mereka yang baru sahaja mula belajar pada tahun ini. Selepas ini ibubapa penjaga tidak lagi dibenarkan memasuki ke kawasan sekolah melainkan ada urusan penting dengan pihak sekolah sahaja. Ibubapa hanya dibenarkan menghantar anak-anak mereka di pintu masuk sekolah sahaja. Ini disebabkan polisi keselamatan sekolah SK Gita 2.
Pagi tadi, perhimpunan berjalan seperti biasa dan banyak perubahan baru telah diatur oleh pihak sekolah bagi sesi tahun 2010 agar berjalan lebih sistematik dan efisyen dari tahun sebelumnya. Dalam pada itu, guru besar SK Gita 2 Encik Abdul Latip bin Bujang dalam ucapan perhimpunan rasmi pagi tadi mengingatkan kepada murid agar lebih cemerlang dan lebih baik dari tahun sebelumnya.

Saturday, January 2, 2010
Hari Pendaftaran
Hari ini SK Gita 2 membuka tirainya buat tahun yang kedua sejak sekolah beroperasi pada tahun 2009. Seramai 620 orang murid telah mendaftarkan diri hari ini. Tidak kurang juga murid-murid yang baru berpindah ke SK Gita 2. Dalam pada itu, satu Taklimat berhubung Program Tranksisi Murid Tahun 1 telah diadakan. Ianya telah disampaikan oleh Guru Besar SK Gita 2, Encik Abdul Latip bin Bujang. Pelbagai maklumat serta peraturan-peraturan SK Gita 2 telah disampaikan kepada Ibubapa penjaga.
Buat Ibubapa penjaga yang masih belum mendaftarkan anak-anak masing-masing bolehlah berbuat demikian pada 4 Januari setelah waktu persekolahan telah berakhir. Ini berikutan tidak mahu menganggu waktu pengajaran dan pembelajaran guru-guru dan murid-murid.

Subscribe to:
Posts (Atom)